‘Umran Al ‘Alam dari perspektif Ibn Khaldun: suatu anjakan paradigma

Mahayudin Hj Yahaya, (2011) ‘Umran Al ‘Alam dari perspektif Ibn Khaldun: suatu anjakan paradigma. Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat, 3 (1). pp. 1-28. ISSN 2229-8924

[img]
Preview
PDF
181kB

Official URL: http://www.ukm.my/ikrabj/

Abstract

Kajian ini bertujuan membandingkan corak perjalanan pelancong dari beberapa pasaran utama ke Malaysia selain menganalisis kesan perbelanjaan per kapita mereka kepada ekonomi Malaysia. Untuk tujuan tersebut analisis deskriptif daripada data sekunder dan analisis Input- Output (I-O) digunakan. Tinjauan data sekunder mendapati perjalanan antara pasaran ini didorong oleh pelbagai motif antara yang utama ialah bercuti dan urusan perniagaan. Perjalanan yang berbeza membawa sedikit perbezaan dari segi perbelanjaan. Analisis perbelanjaan antara pasaran dalam kajian ini mendapati pelancong dari Asia Barat merupakan pelancong yang tinggi perbelanjaan per kapita semasa berada di Malaysia iaitu sejumlah RM7,968.60 diikuti oleh pasaran dari Asia dan Pasifik (Australia) RM3951.70, Eropah (United Kingdom) RM3699.00 dan Amerika (Amerika Syarikat) RM2870.50. Kesan perbelanjaan ini telah berjaya mencatatkan peningkatan yang tinggi dari segi output, nilai ditambah, cukai kepada kerajaan, guna tenaga dan juga import berbanding pasaran lain iaitu Asia dan Pasifik, Eropah dan Amerika. Analisis I-O menunjukkan pasaran dari Asia Barat mencatatkan sumbangan terhadap output paling tinggi berbanding pasaran lain iaitu sebanyak RM10,650.09, diikuti oleh pasaran Asia dan Pasifik (RM6571.41), Eropah (RM6250.76) serta Amerika (RM4873.51). Pasaran Asia Barat juga dianggarkan dapat menjana sekitar 0.59 guna tenaga, diikuti sebanyak 0.246 guna tenaga bagi pasaran Asia dan Pasifik dan masingmasing sebanyak 0.192 dan 0.140 guna tenaga oleh pasaran Eropah dan Amerika kesan daripada peningkatan output yang dihasilkan

Item Type:Article
Keywords:Corak Perjalanan Pelancong; Perbelanjaan Pelancong; Input-Output; Nilai Pengganda; Impak Ekonomi
Journal:Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat ; International Journal of West Asian Studies
ID Code:2034
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:23 Jun 2011 00:58
Last Modified:14 Dec 2016 06:30

Repository Staff Only: item control page