Pengetahuan, sikap dan amalan belia di Lembah Klang terhadap unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan

Mastura Abd Wahab, and Khadijah Muda, and Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali, and Siti Nor Azhani Mohd Tohar, (2022) Pengetahuan, sikap dan amalan belia di Lembah Klang terhadap unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 19 (3(SI)). pp. 91-107. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
247kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1474

Abstract

Unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan merangkumi peruntukan-peruntukan berkaitan institusi beraja, agama Islam, bahasa Melayu, dan hak istimewa orang Melayu. Namun, kini masih timbul isu pertikaian, penghinaan dan provokasi ke atas unsur-unsur tradisi ini oleh sebilangan rakyat Malaysia. Maka kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap pengetahuan, sikap dan amalan belia terhadap unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan. Kajian ini dijalankan secara keratan rentas dengan pengedaran borang soal selidik ke atas 416 respoden dalam kalangan belia pelbagai etnik secara pensampelan mudah (convenience). Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS. Hasil kajian mendapati bahawa tahap pengetahuan, sikap dan amalan belia terhadap unsur-unsur tradisi secara keseluruhannya adalah tinggi. Justeru, setiap etnik di Malaysia perlu mengetahui, memahami, menerima dan menghayati sejarah penggubalan Perlembagaan Persekutuan dan unsur-unsur tradisi yang menjadi peruntukan-peruntukan asas dalam perlembagaan tersebut bagi mengukuhkan sifat keluhuran terhadap perlembagaan dan meningkatkan persefahaman antara kaum yang melibatkan isu berkaitan unsur-unsur tradisi ini.

Item Type:Article
Keywords:Unsur-unsur tradisi; Perlembagaan Persekutuan; KAP
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20348
Deposited By: ms aida -
Deposited On:27 Oct 2022 02:19
Last Modified:02 Nov 2022 01:58

Repository Staff Only: item control page