Usaha Malaysia dalam menyantuni golongan autisme melalui pelancongan keluarga

Fauzunnasirah Fazil, and Er, Ah Choy and Susheel Joginder Singh, and Noordeyana Tambi, (2022) Usaha Malaysia dalam menyantuni golongan autisme melalui pelancongan keluarga. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 19 (3(SI)). pp. 224-243. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
329kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1474

Abstract

Keluarga merupakan antara kumpulan pasaran terbesar dan terpenting dalam industri pelancongan. Banyak destinasi pelancongan di pelbagai negara mensasarkan kumpulan ini dalam aktiviti promosi produk pelancongan mereka kerana peratusan pasaran pelancongan riadah di seluruh dunia didominasi oleh kumpulan pelancong berkeluarga iaitu sebanyak 30%. Namun, tidak semua keluarga mempunyai latar belakang dan keperluan produk atau perkhimatan pelancongan yang sama. Kumpulan keluarga dengan anak berkeperluan khas memerlukan perkhidmatan sokongan yang sedikit berbeza berbanding kumpulan keluarga dengan anak tipikal. Kumpulan keluarga dengan kanak-kanak berkeperluan khas seperti kanak-kanak mempunyai autisme perlu diberi perhatian serius memandangkan data menunjukkan insiden kanak-kanak mempunyai autisme di dunia telah meningkat pada kadar 1 daripada 160. Secara tidak langsung, peningkatan jumlah ini boleh memberi kesan kepada peningkatan permintaan produk dan perkhidmatan pelancongan bersifat mesra-autisme daripada kumpulan keluarga yang bercuti bersama anak mempunyai autisme. Oleh itu, kajian ini meneroka kemudahan mesra-autisme di sektor-sektor yang termasuk dalam kategori produk pelancongan untuk menilai persediaan Malaysia dalam menyantuni keperluan khas kanak-kanak mempunyai autisme ketika bercuti. Kajian ini dijalankan melalui kaedah kualitatif melalui teknik analisa dokumen terhadap bahan tertulis dan bahan yang digambarkan dan teknik pemerhatian secara terus bagi mengupas kemudahan mesra-autisme yang ditawarkan di negara ini. Hasil kajian mendapati bahawa kemudahan mesra-autisme di negara ini hanya terdapat di sektor beli-belah, pengangkutan, perkhidmatan makanan dan tarikan pelancong.

Item Type:Article
Keywords:Produk pelancongan; Kemudahan mesra-autisme; Orang kurang upaya (OKU); Gangguan spektrum autisme (ASD); Reka bentuk sejagat
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20356
Deposited By: ms aida -
Deposited On:27 Oct 2022 04:29
Last Modified:02 Nov 2022 03:19

Repository Staff Only: item control page