Modifikasi drama dekon Seri Panggung karya Marzuki Ali

Aishah Mohamad Radzi, and Nur Afifah Vanitha Abdullah, (2018) Modifikasi drama dekon Seri Panggung karya Marzuki Ali. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (3). pp. 1-12. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
371kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/5

Abstract

Drama Seri Panggung adalah salah satu skrip dekon dalam kumpulan dekon Saya dari Tanjung Penaga (2015) hasil karya Marzuki Ali. Drama Seri Panggung mengisahkan tentang seorang perimadona bangsawan yang bernama Munah Sani dan bagaimana beliau mengharungi liku-liku kehidupan dalam dunia tetaer bangsawan. Watak Munah Sani dalam drama Seri Panggung amat mirip sekali dengan bekas perimadona bangsawan yang terkenal pada iaitu Aminah Nani, atau yang dikenali sebagai Mak Minah dalam kalangan penggiat bangsawan. Marzuki Ali telah menerapkan kehidupan Aminah Nani ke dalam watak Munah Sani terutamanya aspek kejayaan yang dikecapi beliau sepanjang bergelar perimadona bangsawan. Selain itu, drama Marzuki Ali ini juga memaparkan persamaan dengan karya drama Zakaria Ariffin iaitu Pentas Opera. Subjek utama Zakaria Ariffin dalam drama Pentas Opera adalah perjuangan anak-anak wayang sebuah kumpulan bangsawan pada era penjajahan Jepun sehingga pra kemerdekaan Tanah Melayu. Artikel ini mengaplikasikan teori intertekstualiti dalam drama Seri Panggung. Justeru, analisis ini mengaplikasi salah satu prinsip intertekstualiti iaitu prinsip modifikasi untuk meneliti drama Seri Panggung. Objektif kajian ini adalah bertujuan menganalisis proses penyesuaian, perubahan, pindaan dengan mengaplikasikan prinsip modifikasi daripada teks Pentas Opera ke dalam teks Seri Panggung. Reka bentuk kajian ini adalah kajian fundamental. Dapatan kajian ini adalah pengarang telah melakukan modifikasi dari segi latar tempat, latar masyarakat, mesej dan watak perwatakan di dalam drama Seri Panggung karya Marzuki Ali berdasarkan skrip Pentas Opera karya Zakaria Ariffin.

Item Type:Article
Keywords:Prinsip modifikasi; Intertekstualiti; Kritikan drama; Marzuki Ali; Drama
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20358
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Oct 2022 00:55
Last Modified:02 Nov 2022 03:27

Repository Staff Only: item control page