Persepsi umum penduduk Telok Panglima Garang terhadap perubahan iklim di Malaysia

Anne Sakina Iman Syaiffudin, and Noorazuan Md. Hashim, (2018) Persepsi umum penduduk Telok Panglima Garang terhadap perubahan iklim di Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (3). pp. 1-14. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
915kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/5

Abstract

Masalah alam sekitar seperti perubahan iklim, pencemaran udara dan banjir semakin mendapat perhatian daripada masyarakat Malaysia. Perubahan iklim merupakan cabaran global yang paling serius terhadap masyarakat dunia pada masa kini. Semua pihak disetiap peringkat perlu bersama-sama bertanggungjawab dalam menyesuaikan diri dan memberi komitmen dalam mengurangkan risiko terhadap ancaman global ini. Kesedaran alam sekitar bermula dengan keprihatinan masyarakat terhadap masalah alam sekitar yang kian meruncing. Manusia bergantungan secara fizikal dan emosi dengan alam semulajadi manakala, keadaan ekosistem dan spesies pula bergantung kepada tindakan manusia. Kajian ini bertujuan untuk melihat “Persepsi Penduduk Telok Panglima Garang Terhadap Perubahan Iklim Di Malaysia”. Kajian dijalankan dengan mensasarkan seramai 50 orang penduduk Telok Panglima Garang, Selangor. Data kajian ini dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik dan seterusnya dianalisis dengan menggunakan aplikasi SPSS. Keputusan kaji selidik ini dijadikan asas untuk merangka langkah dan cadangan yang boleh diambil oleh pihak berkuasa dalam mengawal masalah perubahan iklim ini. Kesimpulannya, terdapat perhubungan antara tahap kesedaran dalam kalangan penduduk dalam mengawal masalah perubahan iklim ini. Namun, hasil perhubungan yang didapati adalah agak lemah. Berdasarkan pada keputusan analisis ini, tahap kesedaran yang kurang memuaskan dalam kalangan penduduk Telok Panglima Garang akan memberi impak kepada pertambahan masalah perubahan iklim di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Perubahan iklim; Ancaman global; Tahap kesedaran alam sekitar; Masyarakat; Teknologi hijau
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20359
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Oct 2022 01:01
Last Modified:02 Nov 2022 03:28

Repository Staff Only: item control page