Kata kerja bahasa Tamil : analisis kerangka minimalis

Dinesvary Rajandrin, and Fazal Mohamed Mohamed Sultan, (2018) Kata kerja bahasa Tamil : analisis kerangka minimalis. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (3). pp. 1-14. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
400kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/5

Abstract

Artikel ini membincangkan tentang kata kerja dalam bahasa Tamil. Bahasa Tamil merupakan bahasa ibunda kepada masyarakat India di Malaysia. Namun kajian ini, hanya mengkaji penutur natif bahasa Tamil di Taman Koperasi, Pedas, Negeri Sembilan. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti, menghuraikan dan menganalisis jenis kata kerja Bahasa Tamil itu dengan menggunakan kerangka minimalis. Kaedah kajian yang digunakan merangkumi kaedah lapangan iaitu temu bual, rakaman, pemerhatian dan kaedah analisis data dengan menggunakan kerangka minimalis. Sesi temu bual dilakukan dengan enam penutur natif bahasa Tamil. Pengkaji telah merakam perbualan setiap responden dan perbualan tersebut ditranskrip serta dianalisis oleh pengkaji. Analisis ini memberikan tumpuan kepada kedudukan kata kerja dalam bahasa Tamil. Hasil kajian mendapati bahawa kata kerja bahasa Tamil dapat mengenal pasti kala, jantina, dan kata ganti diri. Kajian ini juga mendapati bahawa urutan dalam ayat bahasa Tamil yang mempunyai kata kerja transitif ialah SOK manakala kata kerja dwitransitif pula mempunyai urutan SOOK tetapi ada beberapa kata kerja bahasa Tamil yang tidak mempunyai subjek di hadapan tetapi hanya mempunyai objek dan kata kerja sahaja. Manakala kata kerja tak transitif yang terdiri daripada kata kerja tak akusatif mempunyai urutan keterangan dan kata kerja sahaja. Ergatif yang terdiri daripada keterangan dan kata kerja mempunyai urutan SK. Ini menunjukkan bahawa kata kerja bahasa Tamil yang dipertuturkan di Malaysia boleh terdiri daripada kata kerja transitif, kata kerja dwitransitif dan kata kerja tak transitif.

Item Type:Article
Keywords:Tamil; Kata kerja; Jenis kata kerja; Frasa kerja; Kerangka minimalis
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20361
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Oct 2022 01:12
Last Modified:02 Nov 2022 03:30

Repository Staff Only: item control page