Peranan strategik persempadanan semula bahagian pilihan raya 2016-2017 menuju Pilihan Raya Umum Ke-14 di kawasan Parlimen (P137) Bukit Katil, Melaka

Ding, Chin Wei and Junaidi Awang Besar, (2018) Peranan strategik persempadanan semula bahagian pilihan raya 2016-2017 menuju Pilihan Raya Umum Ke-14 di kawasan Parlimen (P137) Bukit Katil, Melaka. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (3). pp. 1-22. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
579kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/5

Abstract

Pada tahun 2016, Suruhanjaya Pilihan Raya mensyorkan cadangan persempadanan semula bahagian pilihan raya Parlimen Bukit Katil, Melaka. Berlaku perubahan kepada sempadan dan nama Parlimen tersebut. Perubahan sempadan dilihat dapat memberi kesan kepada parti politik, persekitaran dan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang di kawasan tersebut. Oleh itu, adalah menjadi tujuan kajian ini untuk mengkaji peranan strategik persempadanan semula bahagian pilihan raya menuju pilihan raya umum ke-14 di kawasan Parlimen (P137) Bukit Katil, Melaka. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik terhadap 100 orang responden di lapangan dan rujukan terhadap sumber sekunder iaitu buku-buku akademik yang berkaitan tajuk kajian, artikel jurnal, kertas seminar dan persidangan/prosiding, akhbar dan rujukan atas talian/online. Dapatan kajian ini menunjukkan majoriti responden mendapatkan sumber maklumat persempadanan semula daripada media elektronik dan ia dijadikan sebagai sumber maklumat yang paling dipercayai dalam kalangan pengundi. Hasil daripada kajian impak terhadap persekitaran fizikal, impak terhadap persekitaran sosial, impak terhadap persekitaran ekonomi dan impak terhadap persekitatan politik menunjukkan bahawa perbezaan dan pandangan yang ketara dimana responden mempunyai kebolehterimaan yang berbeza. Justeru, dapat dan perbincangan kajian ini adalah penting untuk dijadikan panduan oleh pihak berkenaan untuk sama ada mengekalkan sokongan ataupun mengembalikan sokongan pengundi kepada pihak berkenaan menjelang pilihan raya umum akan datang

Item Type:Article
Keywords:Parlimen; Persempadanan semula; Pengundi; Parti politik; Pilihan raya
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20362
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Oct 2022 01:19
Last Modified:02 Nov 2022 03:31

Repository Staff Only: item control page