Adat bertunang : satu kajian perbandingan antara etnik Melayu dengan etnik India

Kogila Sunder Raj, and Muammar Ghaddafi Hanafiah, (2018) Adat bertunang : satu kajian perbandingan antara etnik Melayu dengan etnik India. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (3). pp. 1-9. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
281kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/5

Abstract

Kajian ini menganalisis adat yang diamalkan oleh etnik Melayu dan etnik India berhubung adat bertunang sebelum upacara perkahwinan masing-masing. Kajian ini dijalankan untuk membandingkan perbezaan adat bertunang antara masyarakat Melayu dengan masyarakat India di Malaysia. Objektif kajiannya adalah untuk mengenalpasti adat bertunang yang diamalkan oleh kedua-dua etnik. Seterusnya, untuk melihat perbezaan adat bertunang antara etnik Melayu dengan etnik India. Tambahan pula, kajian ini juga dijalankan untuk melihat persamaan adat bertunang antara masyarakat Melayu dengan India. Metod yang digunakannya ialah kaedah kepustakaan dan kaedah pemerhatian. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa persamaan sahaja antara etnik Melayu dengan etnik India iaitu ialah kedua-dua etnik ini mengamalkan adat merisik sebelum upacara bertunang dilangsungkan. Seterusnya, kedua-dua etnik ini akan mengadakan adat berinai. Terdapat banyak perbezaan adat bertunang antara masyarakat Melayu dengan India. Antaranya ialah dalam masyarakat India, mengkaji kecocokan pengantin semasa upacara pertunangan diadakan manakala dalam masyarakat Melayu pula, pengkajian kecocokan pengantin tidak diamalkan. Seterusnya ialah dalam masyarakat India penyediaan thaali akan dibincangkan. Dalam masyarakat Melayu, pengantin akan tukar cincin dan membincangkan tentang hal-hal penting sahaja. Oleh itu, kajian ini dapat mengembalikan adat pertunangan yang telah dilupai oleh generasi masa kini .

Item Type:Article
Keywords:Adat pertunangan; Melayu; India; Etnik Malaysia; Perkahwinan
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20365
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Oct 2022 01:50
Last Modified:02 Nov 2022 03:39

Repository Staff Only: item control page