Penghargaan kendiri, strategi kognitif regulasi emosi dan kemurungan dalam kalangan lelaki dewasa

Lee, Jing Giong and Hilwa Abdullah @ Mohd Nor, (2018) Penghargaan kendiri, strategi kognitif regulasi emosi dan kemurungan dalam kalangan lelaki dewasa. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (3). pp. 1-13. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
231kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/5

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk melihat perbezaan yang signifikan dalam penghargaan kendiri, strategi kognitif regulasi emosi dan kemurungan mengikut kumpulan umur. Hubungan antara penghargaan kendiri dan strategi kognitif regulasi emosi dengan kemurungan juga dikaji. Kajian ini menggunakan teknik persampelan mudah yang melibatkan 180 orang lelaki dewasa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Alat ujian yang digunakan ialah Rosenberg Self-Esteem Scale (RSE) untuk mengukur penghargaan kendiri, Cognitive Emotion Regulation Questionnaire versi pendek (CERQ-short) untuk mengetahui strategi kognitif regulasi emosi yang digunakan oleh seseorang selepas mengalami peristiwa negatif dan Beck Depression Inventory II (BDI-II) untuk mengukur tahap kemurungan. Keputusan kajian mendapati bahawa golongan lelaki dewasa pertengahan mempunyai tahap penghargaan kendiri yang lebih tinggi berbanding dengan golongan lelaki dewasa awal, t(178) = -1.993, p < 0.05. Golongan lelaki dewasa awal lebih banyak menggunakan cara berdaya tindak maladaptif dalam strategi kognitif regulasi emosi [t(68.17) = 4.415, p < 0.01] dan mempunyai tahap kemurungan yang lebih tinggi [t(113.77) = 3.58 , p < 0.01] berbanding dengan golongan lelaki dewasa pertengahan. Penghargaan kendiri berkorelasi secara signifikan dengan kemurungan (r = -0.602, p < 0.01). Hasil kajian memberi input kepada perancangan program untuk meningkatkan penghargaan kendiri dan mengurangkan penggunaan cara berdaya tindak maladaptif supaya dapat mengurangkan tahap kemurungan seseorang.

Item Type:Article
Keywords:Penghargaan kendiri; Cara berdaya tindak; Strategi kognitif regulasi emosi; Kemurungan; Lelaki dewasa
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20366
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Oct 2022 01:56
Last Modified:02 Nov 2022 03:53

Repository Staff Only: item control page