Persepsi penonton di Malaysia terhadap filem yang memenangi Academy Awards

Low, Jin Lu and Wan Amizah Wan Mahmud, (2018) Persepsi penonton di Malaysia terhadap filem yang memenangi Academy Awards. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (3). pp. 1-14. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
520kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/5

Abstract

Di Malaysia, pasaran filem adalah amat berpotensi dan hal ini boleh dibuktikan melalui kutipan box office yang tinggi di pawagam. Namun begitu, filem yang memenangi Academy Awards kurang mendapat sambutan dalam kalangan penonton di Malaysia walaupun filem tersebut diiktiraf sebagai filem yang berkualiti dan mendapat ulasan yang tinggi di peringkat antarabangsa. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti filem Academy Awards yang manakah yang ditonton di Malaysia dan mengenal pasti faktor yang menyebabkan filem yang memenangi Academy Awards bukan pilihan utama penonton tempatan di pawagam. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan persampelan bebola salji (snow-balling) iaitu mengedarkan borang soal selidik di media sosial yang melibatkan seramai 112 orang responden di seluruh Malaysia. Kajian ini menggunakan Teori Kegunaan dan Kepuasan (U&G) untuk menjelaskan setiap penonton filem mempunyai faktor penontonan filem yang berbeza bagi memenuhi keperluan masing-masing. Hasil kajian menunjukkan bahawa penonton tempatan mempunyai pandangan yang positif dan ulasan yang tinggi terhadap filem-filem tersebut tetapi data yang dikumpul menunjukkan penonton tempatan mempunyai tahap pengetahuan yang rendah dan kebanyakan responden tidak minat menonton filem-filem tersebut.

Item Type:Article
Keywords:Academy Awards; Persepsi; Kurang sambutan; Minat; Filem
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20368
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Oct 2022 02:50
Last Modified:02 Nov 2022 03:55

Repository Staff Only: item control page