Perusahaan keropok lekor makanan tradisi Melayu Terengganu

Muhamad Rafiq Abu Bakar, and Muammar Ghaddafi Hanafiah, (2018) Perusahaan keropok lekor makanan tradisi Melayu Terengganu. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (3). pp. 1-7. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
244kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/5

Abstract

Kajian ini merupakan satu kajian yang berkaitan dengan makanan tradisi tempatan di Terengganu iaitu Keropok Lekor. Keropok lekor sememangnya sinonim dengan negeri Terengganu yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Kajian ini melanjutkan lagi kajian tentang makanan tradisi Terengganu yang berbentuk produk pelancongan. Kajian ini lebih menumpukan kepada aspek pembuatan serta pemprosesan keropok lekor di kawasan Kuala Terengganu. Pemprosesan keropok lekor bukan sahaja tertumpu kepada teknik pembuatan keropok lekor malahan juga tertumpu kepada alat atau mesin yang digunakan untuk menghasilkan keropok lekor. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti sejarah keropok lekor yang menjadi salah satu makanan tradisi Terengganu. Kajian ini merupakan berbentuk kualitatif yang menganalisiskan data melalui kajian perpustakaan dan kajian etnografi. Kajian ini mendapatkan data melalui kerja lapangan iaitu dengan kaedah tinjauan, pemerhatian dan temu bual. Hasil daripada metodologi yang dilakukan, kajian ini mendapati terdapat kaedah tertentu untuk menghasilkan keropok lekor dengan mengikut cara serta resepi yang betul.

Item Type:Article
Keywords:Etnografi; Keropok lekor; Perpustakaan; Proses; Sejarah
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20369
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Oct 2022 02:55
Last Modified:02 Nov 2022 03:57

Repository Staff Only: item control page