Ini kahwin dengan Puteri Jinjana : satu kajian naskhah dan analisis sosiologi

Muhammad Syukri Masehood, and Zubir Idris, (2018) Ini kahwin dengan Puteri Jinjana : satu kajian naskhah dan analisis sosiologi. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (3). pp. 1-14. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
197kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/5

Abstract

Kajian manuskrip ini meneliti naskhah Ini kahwin dengan Puteri Jinjana yang tersimpan di Koleksi Arkib dan Khas, Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia. Teks Ini kahwin dengan Puteri Jinjana merupakan sebuah naskhah yang menggambarkan tentang kehidupan golongan diraja yang sarat dengan aspek sosial dan budaya. Kajian ini menggunakan pendekatan sosiologi untuk menelusuri pelbagai aspek sosial dan budaya yang diamalkan dalam kehidupan seharian golongan diraja. Baginda Usul Majlis Perdana Halim merupakan watak utama dalam penceritaan ini selain Permaisuri Beranta Nurhalam, Puteri Jinjana dan Shah Alam Besar. Sehubungan itu, hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa aspek sosial dan budaya yang ditemui dalam naskhah ini seperti kepercayaan terhadap kewujudan makhluk halus, pengamalan unsur magis dalam kalangan golongan diraja, penggunaan sirih, perubatan tradisional dan institusi perkahwinan. Diharap kajian ini dapat memberikan maklumat kepada masyarakat untuk meneliti manuskrip-manuskrip yang boleh didapati dengan menggunakan pendekatan sosiologi.

Item Type:Article
Keywords:Manuskrip; Ini kahwin dengan Puteri Jinjana; Sosiologi; Budaya; Golongan diraja
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20370
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Oct 2022 03:02
Last Modified:02 Nov 2022 03:58

Repository Staff Only: item control page