Hubungan di antara gaya keibubapaan dan kecerdasan emosi dengan masalah tingkah laku kanak-kanak : satu sorotan

Nurul Aini Omar, and Siti Marziah Zakaria, (2018) Hubungan di antara gaya keibubapaan dan kecerdasan emosi dengan masalah tingkah laku kanak-kanak : satu sorotan. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (3). pp. 1-7. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
252kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/5

Abstract

Perkembangan awal kanak-kanak perlu diberi perhatian yang secukupnya baik dari segi mental, emosi, sosial dan juga fizikal. Masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak perlu dipandang serius oleh semua pihak bagi membentuk individu yang mempunyai sahsiah dan tingkah laku yang baik pada masa hadapan. Terdapat pelbagai faktor yang memainkan peranan penting dalam pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Antaranya ialah kurangnya perhatian daripada ibu bapa serta masalah dalam pengurusan emosi kanak-kanak. Kertas konsep ini mengulas mengenai gaya keibubapaan dan kecerdasan emosi yang menjadi peramal kepada masalah tingkah laku kanak-kanak. Hasil sorotan kajian kebanyakannya mendapati bahawa terdapat hubungan antara gaya keibubapaan dan kecerdasan emosi dengan masalah tingkah laku kanak-kanak. Gaya keibubapaan autoritatif dan kecerdasan emosi yang baik dilihat berperanan dalam mengurangkan masalah tingkah laku kanak-kanak. Hasil kajian ini dilihat dapat memberi implikasi kepada ahli professional dalam bidang keluarga dan keibubapaan bagi menyarankan dan menggalakkan ibu bapa supaya lebih memahami gaya didikan yang berkesan dan pengurusan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Kajian akan datang disarankan agar dapat melibatkan guru kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkah laku. Ini dapat memberi kefahaman yang lebih baik daripada perspektif guru untuk mengatasi masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak.

Item Type:Article
Keywords:Gaya keibubapaan; Autoritatif; Kecerdasan emosi; Masalah tingkah laku; Kanak-kanak
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20371
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Oct 2022 03:15
Last Modified:02 Nov 2022 04:00

Repository Staff Only: item control page