Fenomena penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remaja felda di Gugusan Felda Taib Andak : suatu tinjauan sosiolinguistik

Norfarahdila Jamali, and Sa’adiah Ma’alip, (2018) Fenomena penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remaja felda di Gugusan Felda Taib Andak : suatu tinjauan sosiolinguistik. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (3). pp. 1-15. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
612kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/5

Abstract

Kajian yang dijalankan oleh pengkaji adalah bertujuan untuk menyingkap fenonema penggunaan bahasa slanga yang menjadi “trend” pada zaman kini. Oleh itu itu pengkaji telah menjalankan penyelidikan terhadap penggunaan bahasa slanga yang turut diujarkan dalam kalangan golongan remaja di luar bandar khususnya di kawasan FELDA. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui tentang bentuk-bentuk bahasa slanga yang sering digunakan oleh remaja Felda, mengenal pasti kekerapan penggunaan bahasa slanga dalam aspek komunikasi mereka. Pengkaji juga ingin mengetahui legih terperinci mengenai faktor remaja lebih bersikap untuk cenderung menggunakan bahasa slanga tersebut dan menilai kesan yang timbul daripada fenomena penggunaan bahasa slanga yang semakin berleluasa. Menerusi kajian ini, pengkaji telah memilih subjek yang terdiri daripada golongan remaja FELDA yang berlainan gender, latar belakang dan umur. Pengkaji turut mengehadkan kawasan kajian kepada empat buah FELDA yang saling berkelompok. Dalam penyelidikan ini, pengkaji telah menggunakan kaedah penyelidikan campuran iaitu kaedah kuantitatif dan kualitatif. Pengkaji telah menggunakan pendekatan borang soal selidik untuk diedarkan kepada 35 orang remaja berserta pemerhatian dan temu bual. Menerusi dapatan kajian, pengakaji telah menemui pelbagai kosa kata slanga yang kerap digunakan oleh remaja FELDA. Terdapat faktor yang menyebabkan bahasa slanga tersebar luas dan terdapat kesan sampingan daripada penggunaannya yang boleh menjejaskan Bahasa Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa; Slanga; Remaja; FELDA; Sosiolinguistik
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20372
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Oct 2022 03:23
Last Modified:02 Nov 2022 04:03

Repository Staff Only: item control page