Kajian netnografi masyarakat pelbagai etnik di Facebook mengenai kajian kontrak sosial

Khadijah Muda, and Siti Nor Azhani Mohd Tohar, and Siti Nor Baya Yacob, and Khairul Anwar @ Johari Mastor, (2022) Kajian netnografi masyarakat pelbagai etnik di Facebook mengenai kajian kontrak sosial. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 38 (2). pp. 16-37. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
471kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1527

Abstract

Media sosial merupakan platform yang menyerlahkan pemikiran dan tingkah laku sebenar individu dalam masyarakat. Isu-isu sensitif seperti isu bahasa, agama, hak istimewa orang Melayu dan sistem beraja senang diluahkan di media sosial. Isu-isu ini sering menimbulkan perdebatan dan pertelingkahan dalam masyarakat. Maka, satu kajian kualitatif telah dijalankan melalui kaedah netnografi yang bertujuan untuk meninjau realiti persepsi pengguna di media sosial terhadap kontrak sosial dalam Perlembagaan Persekutuan. Sampel kajian terdiri daripada Informan yang merupakan pengguna media sosial yang memberi komen di setiap hantaran dalam halaman Facebook Kajian Kontrak Sosial. Dua jenis hantaran telah dibuat iaitu perkongsian formal dan tidak formal. Hasil dapatan menunjukkan penerimaan Informan majoritinya berbeza mengikut etnik, iaitu etnik Melayu lebih cenderung menerima atau bersikap lebih positif terhadap perbincangan mengenai kontrak sosial, manakala masyarakat bukan Melayu menerima dengan sikap bercampur baur serta lebih mudah beremosi terhadap perkara ini. Sikap tidak berpuas hati serta prejudis etnik bukan Melayu terpapar melalui respon atau tindak balas yang beremosi serta turut mengaitkannya dengan unsur politik perkauman. Lapan tema telah dihasilkan daripada analisis ini, iaitu i) sentimen perkauman, ii) ekonomi, iii) politik, iv) pengetahuan terhadap kontrak sosial, v) istilah kontrak sosial, vi) emosi terhadap kontrak sosial, vii) isu warganegara dan hak istimewa, viii) komen membina dan cadangan akan datang. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan etnik bukan Melayu kurang berpuas hati dengan istilah dan elemen-elemen kontrak sosial serta dikaitkan dengan sentimen politik, bangsa dan ekonomi. Walaupun ramai Informan yang dilihat menjawab dengan fakta, namun tidak dinafikan emosi banyak memberi kesan kepada penulisan Informan.

Item Type:Article
Keywords:Perpaduan; Unsur tradisi; Perlembagaan persekutuan; Media sosial; Multietnik
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:20376
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Nov 2022 00:52
Last Modified:04 Nov 2022 03:04

Repository Staff Only: item control page