Peranan ketua dalam komunikasi kumpulan kecil : analisis strategi lakuan bahasa direktif

Nurul Afifah Adila Mohd Salleh, and Maslida Yusof, and Ammar Redza Ahmad Rizal, (2022) Peranan ketua dalam komunikasi kumpulan kecil : analisis strategi lakuan bahasa direktif. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 38 (2). pp. 164-181. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
306kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1527

Abstract

Kegagalan seorang ketua dalam menakhoda kumpulannya disebabkan oleh pelbagai faktor termasuklah dari aspek komunikasi. Seorang ketua kumpulan perlu bertanggungjawab memastikan kumpulannya berjaya mencapai matlamat perbincangan yang ditetapkan dalam tempoh masa tertentu. Oleh itu, komunikasi seorang ketua perlu diberikan perhatian kerana memberikan kesan dan mempengaruhi proses perbincangan kumpulan. Lakuan bahasa direktif yang merupakan salah satu strategi komunikasi boleh digunakan dan dimanfaatkan oleh ketua kumpulan. Kata lain bagi lakuan bahasa direktif ialah arahan yang sememangnya sinonim dengan ciri seorang ketua iaitu boleh mengarahkan sesuatu kepada ahli-ahlinya. Arahan yang diberikan oleh seorang ketua perlu jelas agar dapat difahami dengan baik oleh ahli kumpulan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membincangkan ujaran lakuan bahasa direktif sebagai strategi komunikasi ketua kumpulan dan impaknya. Kajian secara kualitatif dan kaedah lapangan ini menggunakan teori lakuan bahasa yang dipelopori oleh Bach dan Harnish. Sebanyak 12 buah kumpulan kecil dibentuk untuk merakam komunikasi ketua dalam setiap kumpulan. Masa perbincangan diperuntukkan sebanyak 15 minit dan setiap kumpulan diberikan objektif perbincangan yang sama. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keenam-enam subkategori lakuan bahasa direktif iaitu permintaan, pertanyaan, keperluan, larangan, permisif dan nasihat digunakan sebagai strategi komunikasi oleh ketua-ketua kumpulan kecil. Namun terdapat juga ujaran ketua kumpulan yang tidak jelas dalam memberikan arahan sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli. Kesemua subkategori lakuan bahasa direktif ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri dan boleh dimanfaatkan oleh ketua kumpulan agar perbincangan menjadi lebih efisien. Kajian ini memberikan kepentingan kepada ketua kumpulan dengan menjadikan hasil kajian ini sebagai panduan dan rujukan pada masa akan datang.

Item Type:Article
Keywords:Ketua; Kumpulan kecil; Lakuan bahasa; Direktif; Strategi komunikasi
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:20384
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Nov 2022 04:40
Last Modified:04 Nov 2022 03:15

Repository Staff Only: item control page