Azlina Ab Aziz, and Zawiyah M. Yusof, and Umi Asma’ Mokhtar, and Dian Indrayani Jambari, (2018) Penerimagunaan sistem pengurusan dokumen dan rekod elektronik : protokol pembangunan instrumen dan kesahan kandungan menggunakan nilai ketetapan kandungan. Jurnal Pengurusan, 53 . pp. 119-132. ISSN 0127-2713
|
PDF
418kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/1131
Abstract
Aplikasi sistem pengurusan dokumen dan rekod elektronik (SPDRE) diakui dapat memberi impak positif kepada pengurusan dokumen dan rekod organisasi. Bagaimanapun, sistem ini belum dapat digunapakai secara optimum kerana penolakan dalam kalangan pengguna khususnya dalam sektor awam. Penerimagunaan sistem dipengaruhi oleh faktor yang dikenal pasti yang kemudiannya dijadikan elemen dalam pembangunan model penerimaagunaan yang dicadang. Model perlu disah mengguna instrumen soal selidik. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan membangun sebuah instrumen soal selidik yang berwibawa dengan mengikuti protokol pembangunan instrumen yang ketat. Kesahan kandungan soal selidik dilaksana mengguna pendekatan kuantitatif iaitu nisbah kesahan kandungan (NKK) melibatkan 9 orang pakar terpilih berdasarkan kriteria yang ditentukan. Pada awalnya, sebanyak 83 indikator tersenarai, namun selepas kesahan kandungan dilakukan, sebanyak 7 indikator ditolak dan hanya 76 indikator diterima. Instrumen yang dibangun dan dinilai dapat menguji model penerimagunaan SPDRE yang dibangun dalam kajian ini manakala model yang dibangun dapat pula diguna pakai oleh organisasi dalam sektor awam bagi mengukur tahap penerimagunaan SPDRE.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Sistem pengurusan dokumen dan rekod; Pembangunan soal selidik; Ujian kesahan kandungan; Ujian kebolehpercayaan; Kuantitatif |
Journal: | Jurnal Pengurusan |
ID Code: | 20405 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 02 Nov 2022 04:23 |
Last Modified: | 07 Nov 2022 07:56 |
Repository Staff Only: item control page