Pengaruh humor self-enhancing ke atas hubungan antara stres kerja dan kesetiaan organisasi

Mohammad Saipol Mohd Sukor, and Ishak Mad Shah, and Siti Aisyah Panatik, (2018) Pengaruh humor self-enhancing ke atas hubungan antara stres kerja dan kesetiaan organisasi. Jurnal Pengurusan, 53 . pp. 159-168. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
331kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/1131

Abstract

Stres kerja telah menjadi kebimbangan bagi pihak pengurusan kerana ianya memberi kesan negatif kepada tingkah laku pekerja di tempat kerja. Oleh yang demikian, pihak pengurusan organisasi pada masa kini semakin cenderung mencari kaedah yang efektif untuk menyederhanakan kesan stres kerja. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti peranan humor self-enhancing sebagai penyederhana ke atas hubungan antara stres kerja dan kesetiaan organisasi dalam kalangan pekerja. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian keratan rentas. Sebanyak 340 orang kakitangan kesihatan di Negeri Sabah terlibat dalam kajian ini. Hasil yang diperolehi daripada analisis regresi menunjukkan bahawa tuntutan kerja berhubungkait secara negatif, manakala kawalan kerja berhubungkait secara positif dengan kesetiaan organisasi dalam kalangan kakitangan kesihatan. Disamping itu, didapati humor self-enhancing berperanan sebagai penyederhana yang signifikan ke atas hubungan antara kawalan kerja dan kesetiaan organisasi. Dapatan ini menyediakan maklumat spesifik mengenai hubungan penting antara stres kerja, kesetiaan organisasi dan humor self-enhancing. Ianya boleh membantu pihak pengurusan organisasi untuk membina intervensi pengurusan stres kerja yang efektif untuk mengekalkan pekerja dalam organisasi.

Item Type:Article
Keywords:Tuntutan kerja; Kawalan kerja; Kesetiaan organisasi dan humor self-enhancing
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:20408
Deposited By: ms aida -
Deposited On:02 Nov 2022 06:26
Last Modified:07 Nov 2022 07:59

Repository Staff Only: item control page