Model kesediaan pelaksanaan sistem kawalan industri di persekitaran awan dari perspektif keselamatan maklumat

Asma Zubaida M. Ibrahim, and Jamaiah H. Yahaya, and Aziz Deraman, (2018) Model kesediaan pelaksanaan sistem kawalan industri di persekitaran awan dari perspektif keselamatan maklumat. Jurnal Pengurusan, 53 . pp. 169-180. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
854kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/1131

Abstract

Persekitaran awan adalah satu bidang yang pesat berkembang dengan keupayaan mengakses perkhidmatan dari mana sahaja dan pada bila-bila masa. Sistem Kawalan Industri atau ICS adalah istilah umum untuk sistem kawalan yang digunakan di dalam infrastruktur kritikal. Apabila ICS dilaksanakan di persekitaran awan, keselamatan maklumat menjadi satu kebimbangan utama bagi organisasi ICS. Sebelum melaksanakan ICS ke awan, penting bagi organisasi ICS untuk bersedia kerana kurang kesediaan boleh membawa kepada kegagalan dalam pelaksanaannya. Oleh itu objektif utama kajian ini adalah untuk mencadangkan Model Kesediaan Pelaksanaan ICS di persekitaran awan (RMfIC) dari perspektif keselamatan maklumat. RMfIC terdiri daripada tiga komponen utama iaitu komponen pertama ialah analisis kesesuaian, komponen kedua, mengukur kesediaan dari perspektif keselamatan maklumat, dan komponen ketiga ialah pengiraan kesediaan organisasi ICS yang juga akan mengenal pasti tahap kesediaan sesebuah organisasi. Sumbangan utama RMfIC adalah organisasi ICS boleh mengenal pasti tahap kesediaan dan menangani cabaran sebelum melaksanakan perkhidamatan ICS di persekitaran awan.

Item Type:Article
Keywords:Persekitaran awan; Sistem kawalan industri; Model kesediaan; Analisis kesesuaian; Keselamatan maklumat
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:20409
Deposited By: ms aida -
Deposited On:02 Nov 2022 06:37
Last Modified:07 Nov 2022 08:01

Repository Staff Only: item control page