Sasha Afrina Hamdan, and Noremy Md Akhir, (2022) Meneroka daya tindak dan sokongan sosial kepada mahasiwa Universiti Kebangsaan Malaysia yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Jurnal Wacana Sarjana, 6 (3). pp. 1-11. ISSN 2600-9501
|
PDF
207kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneroka permasalahan yang menyumbang kepada tekanan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ketika menghadapi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara atas talian. Tekanan yang besar akan menyebabkan ketidakstabilan emosi mahasiswa terutamanya ketika penularan wabak COVID-19 ini. Melalui permasalahan yang telah diberikan, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti daya tindak digunakan dan bentuk sokongan yang diperlukan oleh mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ketika berhadapan dengan tekanan. Selain itu, lokasi kajian bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia dan pengkaji menggunakan kaedah kajian kualitatif bagi kajian ini. Hasil kajian yang dilakukan mendapati terdapat empat tema yang terhasil daripada objektif pertama iaitu menggunakan daya tindak bertenang, beriadah, sistem sokongan yang baik dan juga kerohanian manakala untuk objektif kedua adalah khidmat nasihat, sokongan kewangan dan juga sokongan sistem pembelajaran. Kajian ini dijalankan ke atas sembilan orang informan yang terdiri dari tahun satu hingga tiga dari pelbagai latar belakang fakulti di Universiti Kebangsaan Malaysia mengikut ketetapan yang dikehendaki oleh pengkaji iaitu pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, pelajar tahun satu hingga tiga dan juga pelajar yang sememangnya terkesan ketika pengajaran dan pembelajaran ini dijalankan secara atas talian ketika pandemik COVID-19 ini berlaku. Seterusnya, sumbangan kajian ini kepada praktis kerja sosial adalah sebagai promosi untuk mengembangkan dan membuka mata masyarakat untuk mendekati dan lebih mengenali pekerja sosial terutamanya di Malaysia. Akhir sekali, pengkaji mengharapkan dengan sumbangan kajian ini terhadap di peringkat dasar, pihak yang sewajarnya dapat menyediakan satu dasar pengurusan untuk mahasiswa bagi mengurangkan tekanan yang dihadapi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Tekanan; Daya tindak; Bentuk sokongan; Mahasiswa; Kerja sosial |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 20421 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 03 Nov 2022 01:41 |
Last Modified: | 09 Nov 2022 06:59 |
Repository Staff Only: item control page