Hubungan antara pengamalan yoga, tahap kesejahteraan psikologikal dan tahap minda di bawah ketarasedar

Sudeshna R.Rajasingam, and Mohd Nasir Selamat, (2022) Hubungan antara pengamalan yoga, tahap kesejahteraan psikologikal dan tahap minda di bawah ketarasedar. Jurnal Wacana Sarjana, 6 (3). pp. 1-14. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
304kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Kesejahteraan psikologi memainkan peranan dalam kehidupan seseorang individu kerana mampu memberikan impak positif ke atas diri. Pengabaian aspek ini dikhuatiri boleh menjejaskan proses kehidupan seharian sehingga mendatangkan pelbagai masalah. Satu kajian dilakukan bertujuan mengkaji hubungan pengamalan Yoga, kesejahteraan psikologikal dan minda di bawah ketarasedar. Sejumlah 125 pengamal Yoga dalam kalangan dewasa yang berasal dari kawasan Lembah Klang, Malaysia telah terlibat melalui kaedah persampelan bertujuan dan bola salji. Kajian kuantitatif ini menggunakan Yoga Self – Efficacy Scale untuk mengukur kompetensi Yoga (fokus, kemudahan, dan kekuatan) manakala The Warwick – Edinburgh Mental Well-Being Scale (WEMWBS)digunakan untuk mengukur aspek positif kesejahteraan subjektif dan fungsi psikologi. Peranan minda di bawah ketarasedar diukur dengan menggunakan Freiburg Mindfulness Inventory (FMI). Dapatan kajian menunjukkan hubungan signifikan antara pengamalan Yoga, kesejahteraan psikologikal dan tahap minda di bawah ketarasedar. Dapatan kajian mampu memberi kesan besar dalam kalangan pengamal Yoga berkaitan dengan kesejahteraan psikologikal seterusnya memberi impak ke atas kesihatan mental yang sempurna. Penyelidikan lebih lanjut yang menumpukan pada kesan penglibatan Yoga dalam kumpulan klinikal adalah digalakkan.

Item Type:Article
Keywords:Yoga; Minda di bawah ketarasedar; Kesejahteraan psikologikal; Dewasa; Pengamal Yoga; Kesihatan mental
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20423
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Nov 2022 01:54
Last Modified:09 Nov 2022 07:01

Repository Staff Only: item control page