Penggunaan singkatan dalam Sistem Pesanan Ringkas (SMS) Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Nur Anis Syafiqa Zulkefli, and Harishon Radzi, (2022) Penggunaan singkatan dalam Sistem Pesanan Ringkas (SMS) Majlis Keselamatan Negara (MKN). Jurnal Wacana Sarjana, 6 (3). pp. 1-12. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
239kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Disiplin linguistik kini telah mengalami anjakan baharu dengan kemunculan istilah-istilah baharu ekoran daripada penularan pandemik Covid-19. Dengan tercetusnya wabak ini, pengkaji dapat membuat pelbagai kajian yang berkaitan termasuklah kajian terhadap pembentukan kata yang memfokuskan kepada singkatan. Kajian ini adalah berkaitan penggunaan singkatan dalam sistem pesanan ringkas (SMS) Majlis Keselamatan Negara (MKN). Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis singkatan yang berlaku dalam teks mesej yang disebarkan kepada orang ramai. Kaedah kajian yang digunakan adalah dengan menganalisis data-data daripada teks mesej yang dihantar oleh pihak MKN dari Mac 2020 sehingga Disember 2020. Hasilnya, sebanyak 20 data berbeza telah dikumpulkan dan kumpulan data kata kependekan tersebut akan dipecahkan mengikut kategori masing-masing yang selanjutnya akan dibincangkan menerusi konteks ayat penuh berdasarkan penggunaannya yang berkait dengan Covid-19. Kajian ini menggunakan pendekatan Ismail Dahaman (2017) menerusi buku beliau yang berjudul Canggihnya Bahasa Melayu: Sistem Pembentukan Kata – Unsur Bergabung Tutur Bersambung. Penemuan yang pelbagai terhadap jenis-jenis singkatan yang menarik membawa kepada perbincangan analisis yang menjurus kepada pecahan kata kependekan yakni dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kajian ini membolehkan pengkaji-pengkaji akan datang merujuk jenis-jenis singkatan yang berlaku dalam SMS dan mengetahui penggunaan singkatan ini dalam konteks ayat yang lengkap.

Item Type:Article
Keywords:Pembentukan kata; Singkatan; Covid-19; SMS; MKN
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20425
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Nov 2022 02:35
Last Modified:09 Nov 2022 07:03

Repository Staff Only: item control page