Politik pilihan raya dalam PRU-14 di kawasan Dewan Undangan Negeri (N10) Damak, Jerantut, Pahang Darul Makmur

Nor Shafika Johari, and Junaidi Awang Besar, (2022) Politik pilihan raya dalam PRU-14 di kawasan Dewan Undangan Negeri (N10) Damak, Jerantut, Pahang Darul Makmur. Jurnal Wacana Sarjana, 6 (3). pp. 1-12. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
413kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Politik pilihan raya iaitu isu semasa yang dipolitikkan mendapat perhatian seterusnya sokongan pengundi kepada parti politik masing-masing menjelang pilihan raya umum untuk mengekalkan kuasa mahupun merampas kuasa daripada pihak. Justeru, adalah menjadi tujuan kajian ini untuk menganalisis senario politik pilihan raya menuju PRU-14 di kawasan DUN Damak, Jerantut, Pahang. Dari segi geografi pilihan raya, DUN Damak merupakan kawasan yang terdiri daripada kawasan bandar, separa bandar dan luar bandar yang mempunyai 20 kawasan daerah mengundi serta merupakan kawasan majoriti etnik Melayu. Bagi mencapai objektif kajian 100 orang responden telah dipilih yang merupakan pengundi di kawasan tersebut dengan menggunakan instrumen borang soal selidik, pemerhatian di lapangan serta rujukan terhadap sumber sekunder yang berkaitan. Data daripada borang soal selidik telah dianalisis menggunakan perisian SPSS dan dibentangkan dalam bentuk jadual serta rajah. Hasil kajian mendapati bahawa persepsi dan partisipasi responden adalah berbeza-beza berdasarkan kepelbagaian latar belakang demografi dan sosioekonomi mereka. 50.0 peratus pengundi di kawasan DUN Damak dikenal pasti bergiat aktif berpartisipasi dalam politik dengan mendengar ceramah politik yang dianjurkan semasa kempen pilihan raya. Pandangan mereka dalam politik tempatan ini juga dipengaruhi oleh sumber-sumber maklumat politik yang disampaikan dan 32.0 peratus daripada keseluruhan responden menyatakan penggunaan media alternatif merupakan satu medium baru untuk mendapatkan sumber maklumat berkaitan politik kerana media ini boleh diakses oleh sesiapa sahaja dan 37.0 peratus responden menyatakan bahawa mereka paling mempercayai sumber maklumat politik daripada media elektronik. Dari segi sokongan kepada parti politik pula, majoriti responden menyatakan keyakinan rakyat terhadap pemimpin sedia telah terhakis dan jangkaan perubahan besar dalam politik tanah air akan berlaku pada PRU-14.

Item Type:Article
Keywords:Pilihan raya; Faktor sokongan; Calon; Perlakuan mengundi; Politik pilihan raya
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20426
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Nov 2022 02:41
Last Modified:09 Nov 2022 07:07

Repository Staff Only: item control page