Faktor permintaan terhadap minyak sawit dalam kalangan pengguna di Malaysia

Fithriyaani Zainal, and Er, Ah Choy (2022) Faktor permintaan terhadap minyak sawit dalam kalangan pengguna di Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 6 (3). pp. 1-23. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
554kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Industri minyak sawit pada abad ke-21 masih menjadi pilihan pengguna dan kekal relevan walaupun pelbagai jenis produk sayuran lain seperti minyak kacang soya telah mendominasi pilihan pengguna. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tentang sejauhmana faktor yang mempengaruhi permintaan minyak sawit dalam kalangan pengguna di Malaysia berdasarkan perspektif teori tingkah laku pengguna. Sejumlah 381 orang pengguna terlibat dan menjawab soal selidik dalam kajian ini menggunakan ‘Google Form’ secara atas talian. Data yang diperolehi telah dianalisis secara statistik deskriptif dan jadual bersilang menggunakan Statistical Package SPSS 26.0. Faktor yang telah dikenalpasti mempengaruhi permintaan minyak sawit termasuklah mutu dan kualiti, jenama, mesra alam, berkhasiat, botol yang menarik, pembungkusan yang baik, tradisi keluarga, kepelbagaian penggunaan, harga murah dan berpatutan. Dapatan menunjukkan demografi pengguna yang majoritinya pengguna perempuan yang berusia 18 hingga 30 tahun yang berasal dari Malaysia mempunyai hubungan yang signifikan dengan kesemua faktor terutamanya faktor harga yang murah dan berpatutan. Konklusinya, kajian ini dapat memperlihatkan corak penggunaan serta faktor yang mempengaruhi permintaan minyak sawit dalam kalangan pengguna di Malaysia. Implikasi dapatan ini dibincangkan dalam kerangka perspektif kajian tingkah laku pengguna yang dapat menjelaskan pelbagai faktor seperti harga, mesra alam, jenama dan sebagainya mampu mempengaruhi tingkahlaku pembelian pengguna terhadap minyak sawit.

Item Type:Article
Keywords:Faktor permintaan; Minyak sawit; Pengguna; Demografi; Tingkah laku; Harga
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20427
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Nov 2022 02:53
Last Modified:09 Nov 2022 07:08

Repository Staff Only: item control page