Peranan Syarikat Tradixi Exellent dalam kebolehpasaran produk pekasam dalam industri makanan tradisional

Nur Syazana Manap, and Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, (2022) Peranan Syarikat Tradixi Exellent dalam kebolehpasaran produk pekasam dalam industri makanan tradisional. Jurnal Wacana Sarjana, 6 (3). pp. 1-12. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
216kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Kajian ini mengenai peranan Syarikat Tradixi Excellent dalam industri makanan tradisional. Syarikat ini mengusahakan produk makanan tradisional pekasam secara berskala Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Syarikat ini antara syarikat milik bumiputera yang berjaya dalam industri makanan tradisional. Pemasalahan kajian ini mengenai bagaimana syarikat milik bumiputera dapat bersaing dengan syarikat yang besar dalam industri makanan tradisional. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis mengenai peranan yang dimaikan oleh Syarikat Tradixi Excellent dalam kebolehpasaran produk pekasam dalam industri makanan tradisional. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Pendekatan ini terdiri daripada dua kaedah yang bersesuaian dengan kajian iaitu kajian lapangan dan kajian kepustakaan. Kajian lapangan merupakan pengumpulan data bersifat primer dan kajian kepustakaan pula menyokong kajian ini dengan memberi data bersifat sekunder. Kajian lapangan dijalankan menerusi temubual atas talian dan menggunakan Teknik emik dan etik. Manakala, teknik temu bual pula menggunakan temu bual secara separa struktur. Temu bual separa struktur dijalankan terhadap individu yang mempunyai autoriti dalam syarikat. Data yang diperoleh daripada data primer dan sekunder disaring dengan menggunakan Teknik analisis tematik untuk memperolehi data-data yang benar dan betul. Hasil dapatan kajian ini menyatakan kebolehpasaran produk pekasam yang dihasilkan dikeluarkan dan dipasarkan oleh Syarikat Tradixi Excellent. Hasil kajian menjelaskan Syarikat Tradixi Excellent amat berkemampuan kebolehpasaran dalam industri makanan tradisional produk pekasam. Justeru itu, sumbangan syarikat ini dalam dunia industri pemakanan tradisional produk pekasam telah membuktikan syarikat milik bumiputera berjaya kebolehpasaran produk itu.

Item Type:Article
Keywords:Industri; Makanan; Melayu; Pekasam; Tradisional
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20428
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Nov 2022 02:59
Last Modified:09 Nov 2022 07:10

Repository Staff Only: item control page