Nurul Syafiza Rusli, and Junaidi Awang Besar, (2022) Geografi politik dan pilihan raya di kawasan parlimen (P073) Pasir Salak, Perak Darul Ridzuan. Jurnal Wacana Sarjana, 6 (3). pp. 1-16. ISSN 2600-9501
|
PDF
463kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...
Abstract
Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, 2013 merupakan PRU paling sengit dalam sejarah pilihan ray umum di Malaysia dan disifatkan sebagai ‘ibu’ kepada kesemua 13 PRU yang telah diadakan di negara ini. Ini mewujudkan scenario persepsi dan partisipasi politik yang menarik dalam sejarah politik dan pilihan raya di negara ini termasuk di Perak. Justeru, adalah menjadi tujuan kajian ini untuk menganalisis geografi politik dan pilihan rayadi kawasan P73 Parlimen Pasir Salak serta mengkaji pilihan politik menuju PRU-14 akan datang. Dari segi geografi pilihan raya, Parlimen Pasir Salak yang merupakan kawasan luar bandar mengandungi 50 kawasan daerah mengundi dan merupakan kawasan majoriti etnik Melayu. Jika ditinjau dari aspek sejarah pilihan raya, kawasan Parlimen Pasir Salak merupakan kawasan yang dikuasai oleh Perikatan (kini BN) sejak Pilihan Raya Umum 1955 sehingga Pilihan Raya Umum 2013. Bagi mencapai objektif kajian, seramai 200 orang responden telah dipilih yang merupakan pengundi di kawasan tersebut dengan menggunakan instrumen borang soal selidik di samping temubual bersemuka, pemerhatian di lapangan dan juga rujukan terhadap sumber sekunder yang berkaitan. Data daripada borang soal selidik telah dianalisis menggunakan perisian SPSS dan dibentangkan dalam pelbagai bentuk jadual serta rajah. Hasil kajian mendapati bahawa persepsi dan partisipasi penduduk berbeza-beza berdasarkan kepelbagaian latar belakang demografi dan sosioekonomi mereka. 37.6 peratus pengundi berbangsa Melayu dikenal pasti sebagai golongan yang paling aktif berpartisipasi dalam politik yakni mendengar ceramah politik yang dianjurkan semasa kempen pilihan raya. Pandangan mereka dalam politik tempatan ini juga dipengaruhi oleh sumber maklumat maklumat politik yang disampaikan dan 56.5 peratus daripada keseluruhan responden menyatakan bahawa mereka paling mempercayai sumber maklumat politik daripada media elektronik. Dari segi sokongan kepada parti politik pula, majoriti responden menyatakan akan menyokong BN pada PRU akan datang.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pilihan raya umum; Geografi politik; Etnik; Melayu; Luar bandar |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 20429 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 03 Nov 2022 03:04 |
Last Modified: | 09 Nov 2022 07:11 |
Repository Staff Only: item control page