Penggunaan bahasa slanga dalam akaun Twitter “Brgsjks”

Noor Fazerra Paijin, and Nuratikah Ja’afar, and Nur Farahkhanna Mohd Rusli, (2022) Penggunaan bahasa slanga dalam akaun Twitter “Brgsjks”. Jurnal Wacana Sarjana, 6 (3). pp. 1-13. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
330kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/2...

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk menjelaskan penggunaan bahasa slanga dalam kalangan pengikut akaun Twitter “brgsjks” menghuraikan kesan penggunaan bahasa tersebut. Kajian ini berbentuk analisis kandungan dengan menggunakan akaun Twitter “brgsjks” bagi tujuan pengumpulan data kajian. Data kajian dianalisis secara kualitatif deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan antara bahasa slanga yang digunakan di akaun Twitter “brgsjks” ialah meh, pi, sis, bro, cibai dan sebagainya. Bahasa slanga ini mempunyai makna yang tersendiri dan hanya difahami oleh kelompok pengguna dalam media sosial tersebut. Hasil kajian juga menunjukkan penggunaan bahasa slanga memberikan kesan seperti pewujudan kosa kata baru, mengancam martabat bahasa Melayu dan menimbulkan kekeliruan berbahasa khususnya dalam kalangan generasi muda. Dari segi implikasi, kajian ini dapat mengetengahkan kesedaran kepada pengguna tentang penggunaan bahasa slanga yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan penutur, selain memberikan pendedahan tentang kepentingan memelihara dan memartabatkan bahasa Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa slanga; Pengguna; Twitter; Media sosial; Bahasa Melayu
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20430
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Nov 2022 03:11
Last Modified:09 Nov 2022 07:18

Repository Staff Only: item control page