Islamophobia dan dasar kepresidenan Amerika Syarikat (2001-2017)

Muhammad Jamal Asyraf Jamaluddin, and Muhamad Takiyuddin Ismail, (2018) Islamophobia dan dasar kepresidenan Amerika Syarikat (2001-2017). Jurnal Wacana Sarjana, 2 (4). pp. 1-16. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
611kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/8

Abstract

Penyebaran sentimen kebencian dan prejudis terhadap umat Islam bukanlah perkara baru di Barat. Di Amerika Syarikat khususnya, propaganda Islamophobia yang dikaitkan dengan elemen ekstremisme dan radikalisme telah bermula sejak sekian lama tetapi semakin tersebar luas selepas serangan pengganas ke atas bangunan World Trade Center pada 11 September 2001. Fokus utama kajian adalah untuk menelusuri pelaksanaan dasar oleh Presiden Bush, Obama dan Trump serta impaknya terhadap perkembangan naratif Islamophobia dalam kalangan masyarakat di Amerika Syarikat bagi tempoh 2001-2017. Kaedah kualitatif meliputi kajian kepustakaan merupakan metod yang digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian merumuskan bahawa Islamophobia bukanlah satu-satunya faktor signifikan dalam politik kontemporari, bahkan impaknya dianggap tidak begitu mendalam untuk mempengaruhi dasar kepresidenan Amerika Syarikat. Islamophobia adalah instrumen politik yang dikonstruk oleh pihak pemerintah untuk mewujudkan perspektif negatif terhadap Islam dan Muslim sekaligus menjadi agenda untuk menjustifikasi tindakan Barat dalam ‘perang menentang keganasan’. Hal ini secara tidak langsung dapat menjelaskan mengapa Islamophobia turut dipengaruhi oleh sikap dan karektor seseorang penyandang kuasa.

Item Type:Article
Keywords:Islamophobia; Dasar kepresidenan Amerika Syarikat; Ekstremisme; Konstruktivisme; Agenda politik
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20434
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Nov 2022 04:18
Last Modified:09 Nov 2022 07:32

Repository Staff Only: item control page