Muhammad Khaidir Azmi, and Noorazuan Md Hashim, (2018) Perbandingan penjimatan penggunaan tenaga elektrik antara kolej kediaman : satu kajian di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (4). pp. 1-11. ISSN 2600-9501
|
PDF
351kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/8
Abstract
Tarif tenaga elektrik semakin meningkat seiring dengan penggunaannya. Hal demikian memberi impak kepada pelbagai institusi merangkumi Universiti Kebangsaan Malaysia. Justeru itu, Kajian ini dilakukan dalam membantu warga UKM mengawal masalah ini. Penyelidikan ini bertujuan untuk melihat perbandingan penggunaan tenaga elektrik beberapa buah kolej di Universiti Kebangsaan Malaysia dan kadar penggunaan tenaga elektrik yang digunakan oleh mahasiswa/i secara purata mengikut kolej kediaman serta mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh warga kolej tersebut dalam penjimatan penggunaan elektrik. Perbandingan penggunaan tenaga elektrik dapat dikenalpasti melalui data penggunaan tenaga elektrik bulanan dan kutipan data yang diambil selama sebulan pada setiap hari di beberapa buah kolej. Data penggunaan tenaga elektrik secara harian memudahkan lagi proses pengiraan bagi mendapatkan jumlah kadar penggunaan tenaga elektrik mahasiswa/i secara purata mengikut kolej. Cadangan langkah-langkah untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik adalah berdasarkan daripada hasil kadar penggunaan tenaga elektrik oleh mahasiswa/i. Pada peringkat akhir kajian ini, faktor peningkatan kadar penggunaan tenaga elektrik secara purata oleh mahasiswa/i dan cadangan langkah-langkah untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik akan dapat dikenal pasti.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Penggunaan tenaga elektrik; Caj piawai; kWj; Purata penggunaan dan meter bacaan |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 20435 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 03 Nov 2022 04:36 |
Last Modified: | 09 Nov 2022 07:34 |
Repository Staff Only: item control page