Norhanisyawati Zahari, and Muammar Ghaddafi Hanafiah, (2018) Amalan ritual dalam masyarakat Bajau Filipina di Pulau Gaya : satu kajian tentang upacara pengurusan jenazah. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (4). pp. 1-10. ISSN 2600-9501
|
PDF
276kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/8
Abstract
Penyelidikan ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti pengurusan jenazah yang diamalkan oleh masyarakat Bajau Filipina di Pulau Gaya. Selain itu, kajian ini juga adalah untuk meneliti unsur animisme dalam pengurusan jenazah masyarakat Bajau Filipina di Pulau Gaya. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif selaras dengan matlamat dan hala tuju kajian iaitu dua metod penyelidikan seperti kaedah kajian lapangan dengan menebual informan dan kaedah perpustakaan dengan merujuk teks kajian, rujukan tafsir, hadis dan pandangan ulama klasik, buku dan jurnal. Hasil penyelidikan membuktikan bahawa masyakat Bajau Filipina masih mengamalkan adat nenek moyang terutamanya dalam proses pengurusan jenazah. Melalui kajian ini juga terdapat beberapa unsur animisme yang masih dilakukan dalam beberapa ritual. Namun begitu, tidak dapat dinafikan sebahagian besar upacara pengurusan jenazah Masyarakat Bajau Filipina masih mempunyai nilai-nilai Islam. Walaupun begitu, amalan-amalan ritual yang bercanggah dengan ajaran Islam kian pudar akibat kesedaran agama dan juga faktor kewangan kerana ritual-ritual yang biasa dilakukan memerlukan kos yang tinggi. Kajian ini juga secara tidak langsung menimbulkan kesedaran masyarakat Bajau bahawa terdapat beberapa ritual yang mereka lakukan bercanggah dengan ajaran Islam dan perlu ditinggalkan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Adat kematian; Animisme; Bajau Filipina;, Nilai Islam; Ritual pengurusan jenazah |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 20436 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 03 Nov 2022 04:43 |
Last Modified: | 09 Nov 2022 07:35 |
Repository Staff Only: item control page