Prinsip transformasi drama Dekon Keranamu Azizah dalam kepengarangan Marzuki Ali

Nur ‘Izzati Mohd Zahari, and Nur Afifah Vanitha Abdullah, (2018) Prinsip transformasi drama Dekon Keranamu Azizah dalam kepengarangan Marzuki Ali. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (4). pp. 1-17. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
415kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/8

Abstract

Marzuki Ali cenderung menghasilkan karya dengan kaedah menyerap teks dari sumber lain bagi menghasilkan drama beliau. Sehubungan itu, prinsip transformasi yang dipelopori oleh Julia Kristeva dari teori interteks diaplikasi bagi mengenalpasti prinsip transformasi yang dilakukan oleh Marzuki Ali dalam drama Dekon Keranamu Azizah (2015). Drama ini seolah-olah membayangkan latar sejarah penglibatan P.Ramlee dalam dunia seni tanahair. Cuma nama watak utama Dekon Keranamu Azizah adalah Remy. Secara automatik pembaca terdorong untuk membayangkan P.Ramlee apabila membaca skrip dekon Marzuki Ali ini. Sehubungan itu dengan rekabentuk kajian kualitatif dengan kajian perpustakaan sebagai instrumen utama, penelitian dilaksanakan untuk mengkaji transfomasi yang dilakukan oleh pengarang dalam menghasilkan karyanya. Bahan kajian utama adalah buku biografi P.Ramlee: The Bright Star dan dokumentari P.Ramlee yang diterbitkan oleh Pesona Picture Sdn. Bhd. Dapatan dalam artikel ini adalah, pengarang telah menyalin secara terus peristiwa dari karya yang dirujuk tetapi perubahan telah dilakukan terhadap penceritaan hipoteks. Pengarang telah menyusun semula kronologi cerita dalam menghasilkan drama dekon Keranamu Azizah. Pengarang juga mentransformasikan watak dan perwatakan dalam karyanya supaya pembaca masih dapat membayangkan tokoh yang dimaksudkan oleh pengarang. Pengarang turut mengekalkan latar tempat dengan menyalin semula tahun dan peristiwa-peristiwa penting yang dilalui oleh watak protagonis dramanya. Hal ini membuktikan bahawa pengarang telah melakukan transformasi secara terus dari hipoteksnya.

Item Type:Article
Keywords:Prinsip transformasi; Kritikan drama; Intertekstual; Marzuki Ali; Drama dekon
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20437
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Nov 2022 04:48
Last Modified:09 Nov 2022 07:36

Repository Staff Only: item control page