Watak wanita dalam bidadari dari perspektif ginokritik : penelitian psikologi dan budaya

Nur Syifaa Atikah Nordin, and Che Abdullah Che Ya, (2018) Watak wanita dalam bidadari dari perspektif ginokritik : penelitian psikologi dan budaya. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (4). pp. 1-10. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
264kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/8

Abstract

Bidadari karya Aminah Mokhtar diterbitkan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) pada tahun 2016. Aminah Mokhtar merupakan seorang novelis yang sering mengangkat persoalan wanita di dalam hasil karyanya. Bidadari merupakan salah satu daripadanya. Novel ini mengangkat permasalahan yang dihadapi oleh kaum wanita dalam menghadapi kehidupan dan kerjaya. Novel yang mengandungi 563 halaman memperlihatkan kehidupan watak utama iaitu seorang remaja perempuan yang bernama Jehan dan watak-watak wanita sampingan lain yang merupakan wanita yang kuat dan tabah dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan dalam kehidupan. Novel ini mengetengahkan pengalaman sebenar yang dilalui oleh kaum wanita dalam masyarakat. Kajian ini melihat watak-watak wanita di dalam karya dari perspektif ginokritik yang dikemukakan oleh Elaine Showalter. Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai psikologi iaitu melihat perwatakan jiwa wanita dan budaya iaitu melihat kesatuan wanita yang membentuk hubungan yang kuat antara wanita. Hasil kajian mendapati bahawa keunggulan wanita dapat dilihat melalui novel Aminah Mokhtar ini sifat kuat dan tabah dalam menghadapi dan menempuhi ujian hidup terutamanya dalam kehidupan kini yang didominasi oleh kaum lelaki.

Item Type:Article
Keywords:Cabaran; Ginokritik; Pengalaman; Penglibatan; Wanita
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20438
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Nov 2022 06:24
Last Modified:09 Nov 2022 07:36

Repository Staff Only: item control page