Nurrashida Zulkarnain, and Siti Fardaniah Abdul Aziz, (2018) Faktor yang mempengaruhi tingkahlaku kewargaan organisasi para guru dan kakitangan sekolah di Negeri Sembilan. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (4). pp. 1-7. ISSN 2600-9501
|
PDF
96kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/8
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi tingkahlaku kewargaan organisasi. Tingkahlaku Kewargaan Organisasi (TKO) dalam kajian ini adalah merupakan pemboleh ubah bersandar, manakala pemboleh ubah bebas adalah budaya organisasi, komitmen organisasi, kepuasan kerja, kepimpinan transformasi dan komunikasi efektif. Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan faktor yang paling mempengaruhi TKO. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dimana soal selidik telah diedarkan kepada 95 orang guru dan kakitangan sekolah di dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Besar (SMKPB) dan Sekolah Rendah Kebangsaan Pasir Besar (SKPB) di daerah Gemas, Negeri Sembilan. Hasil kajian mendapati tidak semua pemboleh ubah bebas mempunyai hubungan dan pengaruh yang signifikan terhadap TKO; di mana kepuasan kerja merupakan faktor yang paling mempengaruhi TKO. Ini menunjukkan bahawa TKO boleh ditingkatkan dengan menambah baik budaya organisasi, komitmen organisasi dan kepimpinan transformasi yang diserta dengan kepuasan kerja sebagai mediator dalam organisasi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Tingkahlaku kewargaan oganisasi; Budaya organisasi; Komitmen organisasi; Kepimpinan transformasi dan komunikasi efektif |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 20439 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 03 Nov 2022 07:06 |
Last Modified: | 09 Nov 2022 07:37 |
Repository Staff Only: item control page