Nurul Aini Abd Rahman, and Fazal Mohamed Mohamed Sultan, (2018) Kata kerja dalam dialek Perlis : analisis program minimalis. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (4). pp. 1-15. ISSN 2600-9501
|
PDF
202kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/8
Abstract
Dialek Perlis merupakan dialek yang berasal daripada bahasa Melayu yang mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Dalam kajian ini, pengkaji hanya akan mengkaji penutur natif dialek Perlis di Kampung Banat, Arau, Perlis. Objektif bagi kajian ini adalah untuk mengenal pasti struktur kata kerja, mengkategorikan kata kerja kepada kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif, dan menganalisis struktur kata kerja dalam dialek Perlis menggunakan Program Minimalis. Aspek yang ditekankan dalam kajian ini ialah aspek sintaksis yang membuat penelitian terhadap struktur binaan kata kerja. Kaedah kajian yang digunakan merangkumi kajian lapangan iaitu temu bual dan kaedah analisis data menggunakan Program Minimalis. Kajian ini telah memilih 5 orang responden yang merupakan penutur natif dialek Perlis yang telah lama menetap di kampung tersebut bagi memperoleh data yang asli. Kajian ini mendapati bahawa kata kerja yang wujud dalam dialek Perlis terbahagi kepada dua iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Struktur binaan ayat dalam dialek Perlis juga mempunyai persamaan dengan binaan ayat dalam bahasa Melayu iaitu SKO. Hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa penggunaan teori baharu iaitu Kerangka Minimalis ini mampu untuk menganalisis kata kerja yang wujud dalam dialek Perlis dengan jayanya. Hal ini membuktikan bahawa Program Minimalis adalah satu pendekatan yang berkesan dalam menghuraikan fenomena bagi sesuatu bahasa.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kata kerja transitif; Kata kerja tak transitif; Dialek; Perlis; Program minimalis |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 20440 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 03 Nov 2022 07:18 |
Last Modified: | 09 Nov 2022 07:38 |
Repository Staff Only: item control page