Pelancongan budaya di Sungai Lembing

Nurul Izzaidah Mohd Azmi, and Muammar Ghaddafi Hanafiah, (2018) Pelancongan budaya di Sungai Lembing. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (4). pp. 1-10. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
368kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/8

Abstract

Pelancongan budaya di kawasan Sungai Lembing kurang mendapat sambutan daripada masyarakat luar. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk memperkenalkan sejarah, perkembangan, produk budaya yang ditawarkan serta mengkaji tentang usaha pihak kerajaan serta impak pelancongan terhadap masyarakat setempat. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk menyedarkan masyarakat setempat yang tinggal di Sungai Lembing mengenai kesan-kesan pelancongan budaya ini dari beberapa aspek iaitu ekonomi, sosial dan budaya. Seterusnya, bertujuan untuk memastikan dan mencari inisiatif dalam memajukan pelancongan ini ke peringkat yang lebih tinggi. Metodologi kajian yang digunakan ialah kualitatif dan kajian lapangan iaitu menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian, kepustakaan, tinjauan turut serta, rakaman suara serta transkripsi. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat impak negatif dan positif dari aktiviti pelancongan yang dijalankan serta pihak kerajaan paling bertanggungjawab dalam usaha memajukan sektor pelancongan. Usaha yang paling penting ialah dari pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dalam memelihara dan memulihara infrastrukur serta memajukan sektor perkhidmatan penginapan. Tuntasnya, kajian ini menyentuh tentang tempat-tempat yang menjadi daya tarikan pelancongan dan mengupas tentang usaha-usaha pihak terlibat dalam memajukan sektor pelancongan ini supaya lebih dikenali ramai.

Item Type:Article
Keywords:Masyarakat luar; Pelancongan budaya; Sungai Lembing; Usaha; Pihak terlibat
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:20441
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Nov 2022 07:30
Last Modified:09 Nov 2022 07:39

Repository Staff Only: item control page