Nurul Syahidah Ahmad, and Abdul Latiff Ahmad, (2018) Adaptasi budaya pelajar perempuan Islam antarabangsa di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (4). pp. 1-9. ISSN 2600-9501
|
PDF
260kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/8
Abstract
Dapatan kajian juga harus dikongsi dengan mengenalpasti bagaimana proses akulturasi atau asimilasi berlaku terhadap pelajar perempuan Islam antarabangsa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang melanjutkan pengajian mereka dalam bidang sarjana muda, sarjana dan PHD. Kajian ini juga mengkhususkan hanya kepada proses adaptasi budaya dengan menggunakan Model Lekuk-U oleh Lysgaard (1955). Kajian ini ingin menghurai kesan penghijrahan yang berlaku oleh pelajar perempuan Islam antarabangsa sepanjang mengadaptasi diri mereka dengan budaya baru dan apakah faktor tarikan pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pengajian di Malaysia. Kajian ini turut dilaksanakan menggunakan kaedah temubual sekaligus mengenalpasti para pelajar antarabangsa melalui fasa adaptasi budaya sebagai seorang perempuan Islam. Antara hasil dapatan kajian mendapati bahawa wanita-wanita ini telah berjaya mengharungi segala cabaran dan berjaya mengadaptasikan diri di Malaysia. Mereka juga melalui kejutan budaya serta menempuhi cabaran untuk mengadaptasi namun mereka mampu mengatasinya. Mereka mempercayai bahawa agama membantu mereka dapat mengadaptasikan diri mereka di sini.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Proses akulturasi; Proses asimilasi; Model Lekuk-U; Pelajar perempuan Islam antarabangsa; Faktor tarikan |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 20442 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 03 Nov 2022 07:38 |
Last Modified: | 09 Nov 2022 07:40 |
Repository Staff Only: item control page