Shima Dyana Mohd Fazree, and Siti Marziah Zakaria, (2018) Kesan penggunaan gajet kepada perkembangan kognitif dan sosial kanak-kanak prasekolah. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (4). pp. 1-6. ISSN 2600-9501
|
PDF
249kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/8
Abstract
Gajet merupakan alat peranti dalam pelbagai bentuk. Tablet dan telefon pintar merupakan jenis gadget yang sering digunakan. Penggunaan tablet semakin menular di Malaysia khususnya bagi tujuan mendidik anak ataupun menenangkan anak-anak kecil. Kanak-kanak memperuntukkan purata masa yang berbeza kepada alat gajet seperti telefon, radio, TV, permainan tablet, Xbox, iPod dan sistem stereo. Pada zaman ini, ibu bapa lebih menggunakan gajet dan aplikasi dalam gajet untuk mengajar anak-anak. Hal ini akan menyebabkan anak-anak menjadi ketagih kepada penggunaan gajet. Perkara ini akan memberikan kesan kepada kesihatan anak-anak sekaligus menyebabkan perkembangan sosial kanak-kanak terbantut. Kertas konsep ini akan mengulas kesan penggunaan gajet kepada perkembangan sosial dan kognitif kanak-kanak. Hasil sorotan mendapati bahawa penggunaan gadget memberi kesan yang buruk kepada kesihatan kanak-kanan serta perkembangan kognitif dan sosial kanak-kanak. Justeru, ibu bapa perlu memantau penggunaan gadget dan tidak mendedahkannya dalam usia yang awal. Penggunaan pada jangka masa yang lama boleh menjejaskan perkembangan bahasa, kemahiran membaca, memori, dan tumpuan. Penggunaan tanpa kawalan juga akan merosakkan hubungan kekeluargaan dan sosial serta boleh membawa kepada penyakit-penyakit fizikal mahu pun mental.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Gajet; Kognitif; Sosial; Prasekolah; Ketagihan |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 20444 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 03 Nov 2022 07:56 |
Last Modified: | 09 Nov 2022 07:43 |
Repository Staff Only: item control page