Kesan pengeringan terhadap kandungan fenol dan aktiviti antioksida daun ketumbar jawa (Eryngium foetidum)

Cheong, Kah Yee and Haslaniza Hashim, and Nur Atiqah As’ari, (2022) Kesan pengeringan terhadap kandungan fenol dan aktiviti antioksida daun ketumbar jawa (Eryngium foetidum). Sains Malaysiana, 51 (8). pp. 2559-2571. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
469kB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid51bil8_...

Abstract

Eryngium foetidum atau lebih dikenali sebagai pokok ketumbar jawa atau jemuju di Malaysia merupakan tumbuhan yang mempunyai banyak manfaat terutamanya dalam aspek perubatan dan kesihatan. Fokus utama kajian ini adalah untuk menentukan kesan kaedah pengeringan yang berbeza (matahari, ketuhar dan ketuhar gelombang mikro) dan pelarut etanol dan air dengan nisbah berbeza terhadap ciri antioksida E. foetidum. Pengeringan matahari dijalankan di bawah matahari secara langsung dengan suhu dalam julat 25 hingga 35 °C. Bagi pengeringan ketuhar, suhu 30, 50 dan 70 °C digunakan untuk mengeringkan daun E. foetidum, manakala dalam pengeringan ketuhar gelombang mikro, kuasa output 300 dan 800 W digunakan. Pengekstrakan daun E. foetidum dijalankan menggunakan nisbah pelarut etanol:air yang berbeza iaitu 100:0, 50:50 dan 0:100. Jumlah kandungan fenol (TPC) dijalankan untuk menentukan kandungan fenol dalam ekstrak E. foetidum. Dua kaedah dijalankan dalam penentuan aktiviti antioksida iaitu ujian pemerangkapan radikal bebas (DPPH) dan ujian penurunan kuasa ferik (FRAP). Hasil kajian menunjukkan pengeringan menggunakan ketuhar gelombang mikro merupakan kaedah pengeringan yang paling berkesan berbanding dengan kaedah pengeringan lain yang dikaji. Pengeringan menggunakan ketuhar gelombang mikro dan ketuhar pada suhu rendah (30 dan 50 °C) membawa perubahan warna yang kecil secara signifikan (p<0.05) terhadap daun E. foetidum. Jumlah kandungan fenol menunjukkan kedua-dua pengeringan ketuhar gelombang mikro dan pelarut etanol:air 50:50 dan 0:100 memberikan memberikan bacaan yang tertinggi secara signifikan (p<0.05). Selain itu, nilai DPPH yang signifikan (p<0.05) dapat dilihat pada semua kaedah pengeringan kecuali pengeringan ketuhar pada suhu 70 °C dan pelarut etanol:air dengan nisbah 50:50 berbanding dengan daun segar E. foetidum. Hasil kajian juga mendapati pengekstrakan menggunakan pelarut etanol:air dengan nisbah 50:50 dan pengeringan menggunakan ketuhar gelombang mikro 800 W menunjukkan aktiviti antioksida yang tinggi secara signifikan (p<0.05) terhadap ujian FRAP. Nilai korelasi yang signifikan (p<0.05) ditunjukkan antara kandungan fenol dengan aktiviti antioksida bagi ekstrak daun E. foetidum dengan pengekstrakan menggunakan nisbah pelarut berbeza, tetapi tidak signifikan (p>0.05) dengan pengekstrakan menggunakan kaedah pengeringan berbeza.

Item Type:Article
Keywords:Antioksidan; Kaedah pengeringan; Kandungan fenol; Ketumbar jawa; Nisbah pelarut
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:20462
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Nov 2022 06:38
Last Modified:10 Nov 2022 07:15

Repository Staff Only: item control page