Nur Jannah Md Hassan, and Kushairi Mohd Salleh, and Sarani Zakaria, and Nursyamimi Ahmad Ghazali, (2022) Sifat nilai tambah membran selulosa terjana semula : suatu ulasan. Sains Malaysiana, 51 (8). pp. 2619-2632. ISSN 0126-6039
|
PDF
370kB |
Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid51bil8_...
Abstract
Atas ketersediaan bahan mesra alam yang kian pesat untuk pelbagai institusi ekonomi, kini bahan biopolimer bukanlah alternatif asing bagi menggantikan polimer sintetik. Pengolahan sifat kimia selulosa merupakan salah satu langkah ke arah kemapanan yang dapat memenuhi kehendak pasaran yang dahagakan sumber alam yang lestari. Selulosa terbukti memupuk kos penghasilan yang rendah, tidak toksik, mudah diolah dan kepelbagaian produk yang terjana daripadanya. Antara produknya ialah membran selulosa terjana semula (MSTS), bebenang, hidrogel dan aerogel. Walau bagaimanapun, keterbatasan produk yang dijana semula daripada selulosa terutamanya MSTS memerlukan pengubahsuaian fizikal mahupun kimia, serta bahan tambah yang lain untuk meningkatkan kefungsiannya. Antara bahan tambah MSTS seperti kitosan, nanozarah perak dan grafin oksida memberi sifat yang berbeza mengikut kehendak industri. Oleh itu, fokus utama ulasan kajian ini adalah bagi melihat kebaikan nilai tambah MSTS yang diolah daripada segi sifat fizikal, mekanikal, kimia, antibakteria dan biodegradasinya. Seterusnya, melihat aplikasi MSTS yang telah diubah suai terhadap industri khususnya perubatan, pertanian dan perawatan air.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Antibakteria; Penghasilan; Produk berasaskan biosumber; Produk hijau |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 20467 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 07 Nov 2022 07:23 |
Last Modified: | 10 Nov 2022 07:20 |
Repository Staff Only: item control page