Potensi rizom serai Acheh (Elettariopsis smithiae) sebagai punca tumbuhan antioksida : kesan suhu dan masa pengekstrakan terhadap antioksida, perubahan warna dan sebatian meruap

Nur Atiqah As’ari, and Syahirah Ab. Halim, and Nurfatimah Mohd Thani, and Haslaniza Hashim, (2022) Potensi rizom serai Acheh (Elettariopsis smithiae) sebagai punca tumbuhan antioksida : kesan suhu dan masa pengekstrakan terhadap antioksida, perubahan warna dan sebatian meruap. Sains Malaysiana, 51 (8). pp. 2681-2693. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
625kB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid51bil8_...

Abstract

Serai Acheh (Elettariopsis smithiae) ialah tumbuhan herba daripada famili Zingiberaceae (Halia) yang digunakan dalam perawatan tradisi. Matlamat kajian ini adalah untuk mengkaji potensi rizom serai Acheh sebagai punca antioksidan semula jadi, mengenal pasti komponen meruap dan menilai perubahan warna yang disebabkan oleh pengekstrakan pada pelbagai parameter. Sampel dikeringkan dalam ketuhar vakum (45 ℃, 0.4 bar) dan diekstrak dengan air suling pada 1:50 (sampel: pelarut) pada pelbagai suhu (50 ℃, 60 ℃, 70 ℃) dan masa (40 min, 80 min, 120 min). Pengekstrakan pada suhu 60 ºC selama 120 minit mencatatkan TPC tertinggi iaitu sebanyak 84.59 mg GAE/g manakala pengekstrakan pada suhu 60 ºC selama 40 minit merekodkan nilai FRAP tertinggi iaitu 1176.4 μM FeII/g berbanding sampel lain. Sampel yang diekstrak pada suhu 70 ºC selama 80 minit mencatatkan peratus penyingkiran radikal DPPH tertinggi iaitu 83.37%, namun begitu tiada perbezaan yang signifikan (p>0.05) berbanding sampel yang diekstrak pada suhu 60 ºC selama 80 minit. Nilai peratus penyingkiran radikal kation ABTS tertinggi iaitu 69.59% juga dicatatkan pada suhu pengekstrakan 60 ºC selama 80 minit. Pengekstrakan rizom serai Acheh pada suhu 60 ºC selama 80 minit adalah yang paling optimum. Kesan perlakuan suhu dan masa pengekstrakan juga menyumbang kepada perubahan warna (ΔE) ekstrak rizom serai Acheh yang signifikan (p<0.05) terhadap sampel kawalan. Sebatian eukaliptol, fensil alkohol, borneol, fensil asetat dan 4-etinil-4,8,8-trimetil-2-metilidenabisiklo [5.2.0] nonana adalah sebatian meruap yang dominan ditemui pada sampel kawalan dan sampel rizom serai Acheh yang telah diekstrak pada keadaan optimum. Kandungan antioksida dan kehadiran sebatian meruap membuktikan bahawa rizom serai Acheh mempunyai potensi sebagai punca antioksida semula jadi dan menjadi alternatif kepada antioksida sintetik.

Item Type:Article
Keywords:Antioksidan; Pengekstrakan; Sebatian meruap; Tumbuhan herba; Warna
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:20472
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Nov 2022 07:53
Last Modified:10 Nov 2022 07:41

Repository Staff Only: item control page