Pengoptimuman pengekstrakan lemak biji jeruk mangga (Mangifera indica L.) jeruk menggunakan kaedah respons permukaan dan analisis lipid

Norhelaliah Isa, and Noor-Soffalina Sofian Seng, and Wan Aida Wan Mustapha, and Masturah Markom, and Nur Afiqah Mohd Azhari, (2022) Pengoptimuman pengekstrakan lemak biji jeruk mangga (Mangifera indica L.) jeruk menggunakan kaedah respons permukaan dan analisis lipid. Sains Malaysiana, 51 (8). pp. 2713-2724. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
532kB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid51bil8_...

Abstract

Sisa biji jeruk mangga (PMS) daripada industri jeruk mangga boleh meningkatkan kos pengeluaran dan pencemaran alam sekitar. Kajian terdahulu mendapati lemak biji mangga boleh dijadikan punca alternatif lemak koko (CBA) dalam penghasilan coklat. Oleh itu, penyelidikan ini dijalankan bagi mengetahui hasil ekstrak optimum lemak biji jeruk mangga (MPB) melalui tiga kaedah pengekstrakan iaitu maserasi, Soxhlet dan pengekstrakan bendalir lampau genting-karbon dioksida (SFE-CO2 ) dengan menggunakan kaedah respons permukaan-reka bentuk komposit berpusat (RSM-CCD). Keputusan parameter optimum adalah seperti berikut; maserasi (262 min, 100 mL heksana dengan 4.40% hasil); Soxhlet (300 min, 150 mL heksana dengan 7.87% hasil) dan SFE-CO2 (297 bar, 64 °C dengan 6.66% hasil). MPB yang diekstrak daripada semua kaedah dibandingkan dengan lemak koko komersial (CCB). MPB mengandungi asid lemak perlu (EFA) dan omega-3 yang tinggi serta lemak tepu yang rendah berbanding CCB. MPB ekstrak daripada SFE-CO2 mempunyai asid lemak dan profil pencairan yang hampir sama dengan CCB. SFE-CO2 juga mengekstrak lebih banyak EFA dan omega-3 (p<0.05) daripada maserasi dan Soxhlet. Oleh itu, MPB ekstrak daripada SFE-CO2 berpotensi sebagai punca CBA yang terbaik dalam penghasilan coklat.

Item Type:Article
Keywords:Analisis lipid; Lemak; Pengekstrakan; Pengoptimuman
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:20474
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Nov 2022 08:07
Last Modified:10 Nov 2022 07:43

Repository Staff Only: item control page