Kepentingan output tidak diingini bagi menentukan kecekapan utiliti air di Malaysia

Ho, Soon Cheng and Wan Rosmanira Ismail, (2022) Kepentingan output tidak diingini bagi menentukan kecekapan utiliti air di Malaysia. Sains Malaysiana, 51 (8). pp. 2725-2734. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
302kB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid51bil8_...

Abstract

Pengurusan air yang tidak cekap akan membebankan rakyat Malaysia. Pihak syarikat pengurusan air perlu menggunakan sumber secara optimum dan mengelakkan pembaziran. Untuk mengenal pasti kecekapan syarikat pengurusan air, input dan output yang sesuai perlu dipilih. Penggunaan output tidak diingini seperti air tidak terhasil (juta liter sehari) jarang diambil perhatian dalam pengukuran kecekapan perkhidmatan bekalan air dan lebih kerap melibatkan input diingini seperti ukur panjang paip (km) dan kos pengendalian (RM ‘000) manakala output yang diingini pula adalah penggunaan air yang dibilkan (juta liter sehari). Oleh yang demikian, model Charnes, Cooper dan Rhodes (CCR) serta model Banker, Charnes dan Cooper (BCC) dalam kaedah Analisis Pengumpulan Data (APD) digunakan untuk menentukan skor kecekapan Unit Pembuatan Keputusan (UPK) iaitu syarikat pengurusan air di setiap negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan di Malaysia pada tahun 2015, 2016 dan 2017 sama ada menggunakan output tidak diingini atau tidak. Hasil kajian menunjukkan model BCC dengan output tidak diingini menunjukkan purata skor kecekapan yang lebih tinggi bagi tahun 2015, 2016 dan 2017. Hasil kajian juga menunjukkan syarikat pengurusan air di Johor, Wilayah Persekutuan Labuan, Melaka, Pulau Pinang, Sarawak dan Selangor dapat digunakan sebagai penanda aras untuk mencapai kecekapan dalam pengurusan air.

Item Type:Article
Keywords:Analisis pengumpulan data; Kecekapan; Output tidak diingini; Utiliti air
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:20475
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Nov 2022 08:12
Last Modified:10 Nov 2022 07:44

Repository Staff Only: item control page