Penentuan jenis akuifer di Kota Belud, Sabah menggunakan kaedah seismik pantulan

Fatin Nabilahuda Ismail, and Norsyafina Roslan, and Jaineh Lingi, and Umar Hamzah, and Norasiah Sulaiman, (2022) Penentuan jenis akuifer di Kota Belud, Sabah menggunakan kaedah seismik pantulan. Sains Malaysiana, 51 (8). pp. 2735-2743. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid51bil8_...

Abstract

Punca air amat penting bagi kegunaan harian dan kegiatan ekonomi pertanian. Bekalan air bersih di kawasan Pantai Barat Kota Belud, Sabah terhad terutamanya sewaktu musim kemarau. Oleh itu, air bawah tanah boleh dijadikan sebagai punca bekalan air alternatif. Satu kajian telah dijalankan bagi menentukan jenis akuifer di Pantai Barat Kota Belud untuk tujuan ini. Berdasarkan cerapan lapangan pada singkapan yang dijumpai di Kampung Piasau dan analisis log lubang gerudi di Kampung Ratau, kawasan kajian terdiri daripada selang lapis batu pasir dan syal. Gabungan kaedah pemetaan profil luluh hawa dan seismik pantulan menggunakan teknik pemprofilan titik tengah sepunya (CMP) menunjukkan akuifer di kawasan kajian adalah jenis akuifer batu pasir teretak yang boleh mencecah ketebalan sehingga 300 m. Kehadiran kekar pada singkapan batu pasir yang mempunyai gred luluh hawa II hingga IV dan struktur sesar normal dan sesar sungkup di bahagian subpermukaan (melalui pentafsiran data seismik pantulan di Kampung Piasau dan Kampung Kalibungan) telah meningkatkan keliangan dan ketertelapan batu pasir sebagai akuifer.

Item Type:Article
Keywords:Akuifer teretak; Batu pasir; Kota Belud
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:20476
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Nov 2022 08:16
Last Modified:10 Nov 2022 07:46

Repository Staff Only: item control page