Sharifah Zarina Syed Ahmad, and Mohamat Sabri Hassan, and Romlah Jaffar, (2018) Pertukaran Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan dan pengurusan perolehan. Jurnal Pengurusan, 54 . pp. 115-130. ISSN 0127-2713
|
PDF
513kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/1154
Abstract
Pengurusan atasan (Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan) merupakan antara individu paling berpengaruh dalam menentukan prestasi dan kelangsungan operasi syarikat. Oleh itu, pertukaran KPE/PU merupakan peristiwa penting yang memberi kesan kepada syarikat. Kajian lalu mengkaji hubungan antara pertukaran KPE/PU dengan (i) harga saham; (ii) prestasi kewangan syarikat; dan (iii) pengurusan perolehan. Namun kajian di Malaysia hanya melihat perkaitannya dengan prestasi kewangan syarikat dan harga saham. Sehubungan itu, kajian ini memenuhi jurang yang wujud dengan melihat perkaitan antara pertukaran KPE/PU dan pengurusan perolehan. Sampel kajian terdiri daripada 98 syarikat senaraian awam yang melakukan pertukaran KPE/PU antara tahun 2009 hingga 2014. Hasil kajian mendapati KPE/ PU yang mengambil alih jawatan mempunyai kecenderungan mengurus perolehan secara negatif bagi menurunkan perolehan pada tahun pertukaran. Seterusnya mereka mengurus perolehan secara positif bagi meningkatkan perolehan pada tahun fiskal pertama selepas pertukaran. Dapatan ini selari dengan dapatan kajian lepas. Namun begitu dapatan juga menunjukkan pengganti KPE/PU dari dalam syarikat lebih berkecenderungan melakukan pengurusan perolehan secara positif berbanding pengganti dari luar organisasi. Dapatan ini membantu pembuatan keputusan strategik yang melibatkan pengurusan korporat syarikat senaraian awam, khususnya yang melibatkan pertukaran KPE/PU. Ianya juga berguna kepada pelabur dan bakal pelabur dalam membuat keputusan pelaburan dalam syarikat yang telah atau akan mengalami pertukaran KPE/PU.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Ketua pengarah eksekutif; Pengarah urusan; Pertukaran; Pengurusan perolehan |
Journal: | Jurnal Pengurusan |
ID Code: | 20486 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 08 Nov 2022 07:29 |
Last Modified: | 11 Nov 2022 09:02 |
Repository Staff Only: item control page