Meneroka dinamik perhubungan dalam kumpulan projek

Zaleha Yazid, and Norazila Mat, (2018) Meneroka dinamik perhubungan dalam kumpulan projek. Jurnal Pengurusan, 54 . pp. 155-164. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
394kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/1154

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk meneroka tentang perhubungan antara ahli dalam kumpulan projek di dalam organisasi. Kumpulan projek diwujudkan dengan mengumpulkan pakar dalam pelbagai bidang bagi menyempurnakan sesuatu tugasan. Ini membantu meningkatkan produktiviti dengan cara memanfaatkan perkongsian maklumat dan pengetahuan oleh para pakar berkenaan dalam melaksanakan tugasan. Namun perkara penting dalam pengoperasian kumpulan projek ialah perhubungan yang baik di antara ahli kumpulan. Perhubungan merupakan satu jaringan sosial yang terbina di antara individu yang melibatkan perasaan, kerjasama dan kebergantungan antara satu sama lain. Apabila bekerja dalam satu kumpulan, perhubungan perlu dititikberatkan untuk memastikan ahli dapat bekerjasama dengan baik. Ini akan mendorong ke arah kumpulan projek yang efektif. Namun kajian berkaitan dengan dinamik perhubungan masih kurang mendapat perhatian daripada pengkaji, khususnya dalam konteks kumpulan projek. Maka kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi perhubungan ahli dalam kumpulan projek. Kaedah kualitatif telah digunakan yang mana temu duga separa berstruktur dijalankan dengan melibatkan 15 orang peserta kajian dari dua organisasi di Malaysia. Dapatan kajian telah mengenal pasti tiga faktor yang saling mempengaruhi perhubungan dalam kumpulan projek iaitu: usia, komunikasi dan komitmen.

Item Type:Article
Keywords:Perhubungan; Kumpulan projek; Kualitatif
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:20489
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Nov 2022 07:55
Last Modified:11 Nov 2022 09:05

Repository Staff Only: item control page