Analisis terhadap aset sandaran alternatif bagi penerbitan sukuk jangka pendek oleh International Islamic Liquidity Management (IILM)

Najibah Khairiyah Shahabudin, and Kamaruzaman Noordin, (2018) Analisis terhadap aset sandaran alternatif bagi penerbitan sukuk jangka pendek oleh International Islamic Liquidity Management (IILM). Jurnal Pengurusan, 54 . pp. 181-188. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
339kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/1154

Abstract

Aset sandaran merupakan perkara penting bagi penerbitan sukuk. Namun aset sandaran secara fizikal tidak mencukupi untuk menerbitkan sukuk secara berkala. Justeru, artikel ini mengkaji aset sandaran alternatif bagi terbitan sukuk jangka pendek. Kajian kes dijalankan terhadap terbitan sukuk jangka pendek di syarikat multilateral iaitu International Islamic Liquidity Management (IILM). Dengan metode temu bual yang digunakan, kajian mendapati bahawa penggunaan kontrak wakalah dalam penerbitan sukuk IILM adalah jalan terbaik bagi mengurangkan penggunaan aset fizikal. Selain itu, alternatif lain bagi kekurangan aset sandaran ini dapat diatasi dengan menggunakan aset ringan seperti masa berbual (air time) dan tarif elektrik, penggunaan aset swasta atau pembiayaan mikro atau melonggarkan syarat Aset Cair Berkualiti Tinggi (HQLA).

Item Type:Article
Keywords:Pasaran wang Islam; Instrumen mudah cair; Sukuk jangka pendek IILM; Aset sandaran; International Islamic Liquidity Management Corporation (IILM)
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:20491
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Nov 2022 08:06
Last Modified:11 Nov 2022 09:07

Repository Staff Only: item control page