Jamaiah Yahaya, and Siti Rohana Ahmad Ibrahim, and Abdul Razak Hamdan, and Aziz Deraman, and Yusmadi Yah Jusoh, (2018) Model kesediaan pelaksanaan teknologi maklumat untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana ke arah era Revolusi Industri 4.0. Jurnal Pengurusan, 54 . pp. 189-203. ISSN 0127-2713
|
PDF
664kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/1154
Abstract
Pembangunan model kesediaan pelaksanaan teknologi maklumat untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) adalah diperlukan bagi mengenal pasti status penggunaan TM di kalangan syarikat PKS terutamanya di Malaysia ke arah revolusi industri 4.0. Kajian ini juga mengkaji halangan-halangan semasa melaksanakan TM di kalangan PKS. Kajian literatur dan empirik mendapati sepuluh faktor kritikal kejayaan PKS dalam pelaksanaan TM iaitu pengurusan, staf, perancangan teknologi maklumat, sumber luar/kewangan, konsultan, vendor, budaya organisasi, pengurusan hubungan dan perubahan, juara TM dan faktor persepsi dan sikap. Model Kesediaan Pelaksanaan Teknologi Maklumat (atau Model mRIME) mengandungi tiga komponen utama iaitu faktor kejayaan, kaedah penilaian dan indeks tahap kesediaan. Dua kajian kes telah dijalankan melibatkan industri untuk menilai penggunaan dan keberkesanan model cadangan ini dan hasil kajian kes menunjukkan bahawa keputusan penilaian model ini adalah bersesuaian, praktikal dan tepat. Model mRIME dapat membantu PKS menggunakan kaedah yang jelas untuk mengukur tahap kesediaan dalam melaksanakan TM di samping memberi justifikasi ke atas pembiayaannya kelak serta memastikan PKS bersedia dan tidak ketinggalan dalam era perniagaan baru Revolusi Industri 4.0.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pelaksanaan teknologi maklumat; Perusahaan kecil dan sederhana; Faktor kejayaan kritikal; Model kesediaan pelaksanaan; Tahap kesediaan |
Journal: | Jurnal Pengurusan |
ID Code: | 20492 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 08 Nov 2022 08:13 |
Last Modified: | 11 Nov 2022 09:07 |
Repository Staff Only: item control page