Nurzaimah Asalal, and Haris Abd Wahab, (2022) Kurikulum asas kerja sosial di universiti awam ke arah melahirkan pekerja sosial yang kompetensi di Malaysia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 19 (4). pp. 124-138. ISSN 1823-884x
|
PDF
298kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1524
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneliti pendidikan kerja sosial yang disediakan oleh universiti awam di Malaysia. Penyediaan kurikulum yang mantap adalah perlu bagi profesion kerja sosial di Malaysia. Situasi ini berikutan setelah Akta Kerja Sosial dilaksanakan, adalah menjadi keperluan untuk melahirkan pekerja sosial yang berkemahiran dan bepengetahuan dalam praktis. Council on Social Work Education (CSWE) adalah salah satu badan yang mengawal selia kurikulum kerja sosial di negara barat. Oleh itu, sudah menjadi keperluan juga agar kurikulum kerja sosial di Malaysia merujuk badan berkenaan agar kurikulum kerja sosial di Malaysia selaras dengan negara barat yang setiap tahun melahirkan graduan yang kompetensi dalam praktis. Terdapat 10 kurikulum asas kerja sosial yang telah dikenal pasti iaitu kerja sosial sebagai profesional, prinsip etika kerja sosial, kepelbagaian klien, keadilan sosial dan ekonomi, berfikir secara kritis, tingkah laku manusia dan persekitaran, dasar dan kebajikan sosial, praktis kerja sosial, penyelidikan dan latihan industri. Instrumen kajian ini dibina sendiri oleh penyelidik berdasarkan komponen-komponen piawaian kurikulum asas kerja sosial yang ditetapkan oleh CSWE. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan dan menggunakan borang soal selidik sebagai alat pengumpulan data. Kajian ini melibatkan seramai 279 pelajar tahun akhir yang dipilih secara bertujuan di enam buah universiti awam yang menawarkan program pendidikan kerja sosial di Malaysia. Maklumat yang diperoleh dianalisis menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 23. Maklumat penemuan kajian telah dibentangkan dalam bentuk taburan dan peratusan. Hasil kajian ini dapat memberi implikasi kepada kurikulum pendidikan kerja sosial yang lebih efektif bagi melahirkan pekerja sosial yang mempunyai kompetensi dalam menyampaikan perkhidmatan kerja sosial dan seterusnya meningkatkan profesion kerja sosial sebagai profesion yang professional di Malaysia
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kurikulum kerja sosial; Pendidikan kerja sosial; Akta Kerja Sosial |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 20501 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 09 Nov 2022 03:15 |
Last Modified: | 15 Nov 2022 06:08 |
Repository Staff Only: item control page