Pengukuhan kuasa politik gabungan parti Sarawak (GPS) terhadap geopolitik Sarawak dalam Pilihan Raya Dun Sarawak 2021

Junaidi Awang Besar, (2022) Pengukuhan kuasa politik gabungan parti Sarawak (GPS) terhadap geopolitik Sarawak dalam Pilihan Raya Dun Sarawak 2021. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 19 (4). pp. 149-170. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
780kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1524

Abstract

Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang ditunjangi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang terbentuk selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 ekoran kekalahan Barisan Nasional (BN) pada peringkat persekutuan merupakan parti penguasa di Negeri Sarawak sejak Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sarawak yang pertama lagi. Parti politik ini berpengalaman memerintah Sarawak dengan membentuk pemikiran politik pembangunan dalam kalangan pengundi di negeri ini. PRU DUN Sarawak 2021 diadakan berikutan pembubaran DUN Sarawak pada 3 November 2021 setelah tertangguh sejak tamat tempoh penggal lima tahun (sehingga 7 Jun 2016) iaitu 6 Jun 2021 akibat pengisytiharan darurat oleh Kerajaan Persekutuan di seluruh negara yang berpunca daripada penularan wabak pandemik COVID-19. PRU DUN ini dapat melihat pengaruh GPS dalam persada geopolitik Sarawak dalam keadaan negara dan negeri ini masih dalam keadaan penularan wabak pandemik COVID-19. Justeru adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis pengukuhan kuasa politik GPS terhadap geopolitik Sarawak dalam PRU DUN Sarawak 2021. Berdasarkan analisis data keputusan PRU DUN Sarawak 2021, pemerhatian di lapangan dan analisis sumber sekunder, dapatan kajian menunjukkan bahawa pengukuhan sokongan pengundi kepada GPS disebabkan beberapa faktor iaitu pengalaman GPS memerintah Sarawak, kepimpinan GPS yang dikenali pengundi, manifesto pilihan raya GPS yang realistik, penerusan program pembangunan Sarawak, jentera pilihan raya GPS yang berpengalaman dan bersistematik, impak penularan wabak pandemik COVID-19, perpecahan undi parti pembangkang Sarawak dan penurunan peratusan pengundi bandar yang pro parti pembangkang. Oleh itu, pengukuhan politik GPS dalam geopolitik negeri Sarawak ini menunjukkan bahawa pentingnya pengalaman dalam memerintah serta mempunyai jentera parti yang tersusun bagi memenangi pilihan raya.

Item Type:Article
Keywords:Politik pembangunan; Geopolitik; Parti politik; Pemikiran; Pilihan raya
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20503
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Nov 2022 03:45
Last Modified:15 Nov 2022 06:10

Repository Staff Only: item control page