Nor Azila Salleh, and Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid, and Nik Norliati Fitri Md. Nor, (2022) Kesejahteraan hidup warga emas : persepsi warga emas terhadap penubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di Marang, Terengganu. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 19 (4). pp. 210-228. ISSN 1823-884x
|
PDF
315kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1524
Abstract
Populasi warga menua saban hari semakin meningkat di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Lazimnya, warga emas mempunyai keupayaan fizikal yang terbatas serta sering menghadapi kesukaran untuk menjaga dan mengurus diri mereka sendiri. Tanggungjawab menjaga ibu bapa yang sudah tua menjadi satu cabaran besar buat anak-anak yang tidak mampu untuk menjaga ibu bapa mereka. Menyedari isu penuaan di Malaysia adalah perkara penting yang perlu diambil perhatian, Dasar Warga Emas Negara (DWEN) telah digubal di negara ini pada tahun 1995 dan telah mendapat penambahbaikan pada 5 Januari 2011. Bertitik tolak daripada hal ini, Malaysia telah menubuhkan satu pusat aktiviti warga emas, khas untuk keluarga yang memerlukan penjagaan warga emas ketika mereka keluar bekerja. Tempat ini dikenali sebagai Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE). Satu kajian telah dilakukan bagi melihat persepsi warga emas terhadap pusat aktiviti warga emas di salah sebuat PAWE di negeri Terengganu. Kajian persepsi warga emas ini bertujuan untuk mengkaji sejauhmana penubuhan PAWE, Marang membantu memberi kesejahteraan kepada golongan mereka. Di samping itu, kajian akan membincang tentang implikasi peningkatan warga emas di negeri ini. Kajian kuantitatif ini menggunakan borang soal selidik melalui kaedah pensampelan bertujuan (puposive sampling) yang melibatkan 100 orang responden yang merupakan komuniti berumur 60 tahun dan ke atas yang tinggal di daerah Kuala Terengganu dan daerah Marang, Terengganu. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Hasil kajian mendapati bahawa responden bersetuju PAWE Marang dapat mensejahterakan warga emas di samping dapat menjalani hidup yang lebih baik dan sejahtera. Kajian ini boleh dimanfaatkan pihak kerajaan dalam merangka dan menyusun strategi bagi membolehkan kesejahteraan hidup warga emas terjamin.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Penjagaan; Warga emas; PAWE; Peningkatan; Kesejahteraan |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 20507 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 09 Nov 2022 06:07 |
Last Modified: | 15 Nov 2022 06:14 |
Repository Staff Only: item control page